Take a fresh look at your lifestyle.

Tempat menarik di TUARAN yang mesti kamu pigi !

617

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Tuaran merupakan salah satu daerah di Sabah yang memiliki tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Anda pasti pernah dengar Pick of Hope, bukan? Pick of Hope merupakan salah satu tempat menarik di tuaran. Untuk pengetahuan semua, masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di Tuaran!

Antara tempat-tempat menarik TUARAN :

1.Sabandar Cowboy Town

“Sabandar Cowboy Town” menerusi nama sahaja, kita sudah boleh bayangkan bahawa tempat ini pasti bertemakan ala-ala Cowboy! Untuk pengetahuan semua, tempat ini memang menjadikan ‘Cowboy’ sebagai tema kawasan pelancongan. Bagi mereka yang belum pernah menaiki kuda, anda boleh cuba di sini !

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran

2.Borneo Kellybays

Inginkan pemandangan yang indah di pantai? Borneo Kellybays adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi. Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah banana boat ride, bamboo rafting, luncur air, menangkap ketam dan memancing. Tambahan itu, bagi mereka yang gemar memancing, anda boleh lah berkunjung di sini!.

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran 

3. River Bay Beach

Hah! Jika anda inginkan pemandangan matahari terbenam yang indah, River Bay Beach adalah tempat yang sesuai. Untuk pengetahuan semua, tempat ini dikenali dengan ‘Sunset Mirror’ disebabkan keindahan matahari terbenam. Di sini, anda bukan sahaja boleh menikmati pemandangan matahari terbenam tetapi anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang disediakan di sini ialah river cruise, mencanting batik, mangrove walkprivate beach, ladang haiwan, taman kelulut serta peluang menaiki ATV.

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran 

4. Peak of Hope

Jika anda merupakan seorang fotografi, Peak of Hope adalah tempat yang sesuai anda kunjungi. Dengan berlatarkan langit biru ia dapat mengindahkan lagi gambar anda. Bukan itu sahaja, di sini anda boleh melakukan aktiviti paragliding! Sebelum itu, jika anda ingin berkunjung di sini, kenderaan yang anda bawa hendaklah diletakkan di bahu jalan kerana akan ada kenderaan yang menjemput anda untuk sampai di tempat lokasi.

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran 

5. Chanteek Borneo indigenous Museum

Berbeza dengan tempat-tempat menarik yang lain, Chanteek Borneo merupakan sebuah museum yang memaparkan kostum-kostum seluruh etnik yang ada di Malaysia. Apa yang unik dalam museum ni? Museum ini menampilkan kostum-kostum kaum di seluruh Malaysia dalam bentuk pemakaian pada patung Barbie! Dapat kah anda bayangan? Mesti comel kan? Bukan itu sahaja, jika anda berkunjung di sini anda berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan seperti tarian buluh, mempelajari ritma gong tradisional Sabah, mempelajari seni kraftangan manik, bermain permainan tradisional, serta menikmati Linopot (makanan tradisi sabah), hidangan nasi yang dibalut dalam daun bersama lauk keladi.

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran

6. Linangkit Cultural Village

Linangkit Cultural Village merupakan tempat perlancongan yang memperkenalkan etnik Dusun Lotud. Di sini anda akan dapat pengalaman cara hidup masyarakat dusun Lotud antaranya ialah  mempelajari cara menghasilkan Linangkit, melawat rumah panjang Lotud, menangkap ikan, mencuba kostum tradisi dan banyak lagi.

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran

7. Borneo Ant House

Akhir sekali ialah BORNEO ANT HOUSE! di sini anda boleh melihat dan memasuki sarang semut yang dipenuhi dengan 463 replika semut buatan tangan! Bukan itu sahaja, di sini anda boleh mempelajari spesis-spesis semut dan dapat mengenali jenis-jenis senjata masyarakat setempat.

SUMBER : http://bit.ly/hiddengemtuaran

Get real time updates directly on you device, subscribe now.