Take a fresh look at your lifestyle.

WOW! INILAH 5 TEMPAT MENARIK DI SABAH 

198

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Negara kita Malaysia adalah antara negara yang menjadi tarikan pelancong kerana banyak tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi terutama sekali di negeri kita Sabah. Pada kali ini, min nak kongsikan tempat menarik di Sabah yang boleh kamu kunjungi di Sabah.

  1. Simpang Mangayau

 

Tempat Menarik Di Sabah

Pemandangan menarik Tips Of Borneo (Simpang Mengayau) dari atas

Sumber : https://travelogborneo.blogspot.com/2018/03/tip-of-borneo-tanjung-simpang-mengayau.html

Simpang Mengayau ataupun Simpang Mangazou merupakan bahagian paling utara di Borneo dan terletak di Kudat, Sabah. 

Tempat ini dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancong. Glob besar gangsa dan bendera Malaysia yang diletakkan di sebuah taman yang berbentuk persegi.

Menurut lagenda, kawasan ini merupakan kawasan pendaratan bagi lanun pada suatu ketika dahulu.

Nama asal Tanjung Simpang Mangayau atau Simpang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat.

Jika anda mencari tempat menarik di Sabah, Simpang Mengayau mungkin salah satu daripada cita rasa anda.

  1. Maragang Hill

 

 Tempat Menarik Di SabahSumber : https://www.alltrails.com/trail/malaysia/sabah/maragang-hill

Dengan ketinggian 2,232 Meter (7,323 Kaki) dan terletak di Mesilau (Kundasang, Sabah),  Maragang Hill menjadi salah satu tempat mendaki yang paling mencabar kerana Maragang Hill mempunyai tangga yang sangat panjang dan tinggi. 

Ini membuatkan rakyat-rakyat di Sabah mahupun di luar Sabah ingin meneroka keunikan, keindahan dan cabaran yang ada di Maragang Hill. 

Mendaki Bukit Maragang memerlukan sedikit persiapan kerana perjalanan ke puncak mengambil masa setengah hari.Tempahan perlu dibuat awal sebelum hari pendakian. Jarak hiking ke puncak Maragang Hill ialah 1.6 Kilometer.

Ya, 2,232 Meter kedengaran tinggi, tetapi pendakian bermula pada 1,835 Meter di atas paras laut, jadi anda hanya perlu naik 397 Meter untuk ke puncak Maragang Hill.

3.  Rumah Terbalik Di Sabah

 

Tempat Menarik Di Sabah

Sumber : http://www.borneo-hotels.com/attractions/rumah-terbalik-di-sabah.htm

Sumber : https://riverbug.asia/sabah/upside-down-house-borneo-sabah-malaysia

Dengan kos sebanyak RM 500000, Seorang usahawan bernama Alexander Yee membina sebuah rumah dengan reka bentuk secara terbalik yang dibina di Tamparuli Sabah.

Disebabkan oleh reka bentuk terbalik, semua aksesori, kereta dan barang-barang diletakkan dalam bentuk terbalik. Ini menjadi tarikan masyarakat Sabah dan di luar Sabah. 

Rumah ini terletak di Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli dan mengambil masa 40 minit dari pusat bandar. Rumah ini dibuka setiap hari (termasuk cuti umum) dari pukul 8{00 a.m sehingga 10:00 p.m. 

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Pada anda yang teringin untuk merasakan keunikan rumah terbalik, inilah tempat paling sesuai untuk anda.

        2. Sabah Tea Resort

 

Tempat Menarik Di Sabah

Sumber : https://www.mountkinabalu.com/packages/2d1n-kinabalu-park-poring-hot-spring-sabah-tea-garden-tour

 

Tempat Menarik Di Sabah

Sumber : https://travel.earth/sabah-tea-garden-place-to-visit-for-tea-lovers/

Seperti yang kita tahu, masyarakat di Sabah sangat suka dengan teh. Sabah Tea merupakan salah satu tempat penanaman teh secara komersial di Sabah dan menjadi kegemaran rakyat Sabah mahupun di luar Sabah.

 Sabah Tea dibangunkan sejak tahun 1978 dan satu-satunya ladang teh organik di Sabah. 

Mereka mempunyai lapan perisa teh iaitu halia, kayu manis, pandan, gaharu, geranium, serai, tongkat ali, dan misai kucing (misai kucing). Sabah Tea mempunyai restoran tersendiri.

Banyak hidangan tempatan yang dihidangkan di restoran dan antaranya ialah ikan panggang dengan Bambangan (Buah-buahan di Sabah).

Jika anda ingin merasa teh original daripada Sabah, Sabah Tea merupakan tempat terbaik untuk dikunjungi.

  1. Mari-Mari Culture Village

 

Tempat Menarik Di Sabah

Sumber : https://www.sabahtourism.com/destination/mari-mari-cultural-village/

Tempat Menarik Di SabahSumber : https://www.viator.com/tours/Kota-Kinabalu/Half-Day-Mari-Mari-Cultural-Village-in-Kota-Kinabalu/d4171-19855P2

Tempat kelima yang min nak share ni ada unik sikit kerana tempat ini berkonsepkan tempat-tempat yang memaparkan keindahan etnik-etnik di Sabah dan memaparkan rumah-rumah tradisional mengikut etnik-etnik di Sabah. 

Mari-Mari Culture Village menawarkan pengunjung tempat-tempat unik seperti rumah tradisional yang mempunyai ciri-ciri kaum-kaum di Sabah. Ini dapat menaikkan lagi rasa cinta dan rindu dengan negeri Sabah. 

Ada juga pertunjukan pakaian-pakaian tradisional di Mari-Mari Culture Village dan ini menjadikan tempat tersebut seolah-olah kita balik ke zaman tradisional di Sabah. 

Kepada yang minat untuk menerokai tradisi-tradisi yang ada di Sabah, Mari-Mari Culture Village merupakan tempat yang sesuai untuk anda.

Sekiranya anda ada masa terluang atau kebosanan di rumah, tempat menarik di Sabah seperti yang min share ni adalah tempat terbaik yang kamu lawat. Jangan lupa ambil gambar untuk dijadikan kenangan nanti.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.