Bagi anda yang tinggal di Sabah tahukah anda tentang asal-usul nama daerah ataupun maksud-maksud di sebalik daerah-daerah yang anda tinggal? Mesti anda tertanya-tanya dari mana nama-nama daerah anda tercipta kan? Mahu kenali lebih lanjut tentang dari mana nama-nama daerah ini tercipta? Saya akan kongsikan tentang asal-usul nama daerah bagi 6 daerah yang berada di Sabah.
1. Kota Kinabalu

Baiklah, Asal-usul nama daerah bagi Kota Kinabalu adalah berasal sempena Gunung Kinabalu, yang terletak kira-kira 50 kilometer ke arah timur laut bandar. Kinabalu berasal daripada nama Aki Nabalu. Aki pula bermaksud “datuk” dan Nabalu ialah nama untuk gunung dalam bahasa Dusun. Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa istilah ini berasal daripada Ki Nabalu; Ki bermaksud “ada” atau “wujud”, dan Nabalu bermaksud “semangat orang mati”.
Kota ialah perkataan Melayu untuk “kubu”, “pekan”, atau “bandar”. Ia juga digunakan secara rasmi pada beberapa pekan lain di Malaysia, dan juga bandar, sebagai contoh, Kota Bharu, Kota Tinggi, dan Kota Kemuning. Perkataan Kota juga digunakan secara tidak rasmi untuk merujuk kepada mana-mana pekan atau bandar. Oleh itu, terjemahan langsung nama Kota Kinabalu ke dalam bahasa Inggeris ialah “Kinabalu City”
2. Tuaran

Cantik bah kan menara jam yang ada di Pekan Tuaran? Tapi tahukah kamu nama daerah Tuaran itu asal-usulnya daripada mana?. Asal-usul nama daerah Tuaran sebenarnya dipercayai berasal daripada perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.
Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa nama Tuaran diambil sempena dengan nama sungai air tawar atau Sungai Tuaran, iaitu satu-satunya sungai yang terdapat di daerah Tuaran. Walau bagaimanapun, nama Tuaran juga dikaitkan dengan nama ‘Tawarran’ sebelum diubah nama kepada ‘Tuaran’.
3. Pitas

Mungkin anda tahu bahawa Pitas merupakan yang berada bersempadan dengan daerah Kota Marudu di sebelah barat, daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Tahukah kamu tentang asal-usul nama daerah ini daripada mana? Tahukah kamu? asal-usul perkataan Pitas pada asalnya di panggil sebagai Tupak yang bermaksud “seberang”. Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu. Sebutan Pitas berasal dari perkataan “NOPITAS” atau “MINITAS” yang merujuk kepada definisi “selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu”. Pitas ini juga merujuk kepada sebutan penduduk Momogun setempat mengenai Sungai Bengkoka yang sering di mengalami banjir besar. Banjir besar yang melanda Sungai Bengkoka menyebabkan sungai tersebut terputus dan ia di sebut “nopitas” dalam bahasa Momogun.
4. Ranau
5. Penampang

Comments are closed.