Take a fresh look at your lifestyle.

Syarikat pelancongan nafi tipu pakej umrah disertai Firman, Nubhan

24

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

KUALA LUMPUR 21 October 2015. Firman pada Program Juara Parodi di Hard Rock Cafe. STR/Owee Ah Chun.
KUALA LUMPUR: Tiram Travel Sdn Bhd menegaskan dakwaan dua penyanyi, Nubhan dan Firman, kononnya mereka ditipu syarikat pelancongan berkenaan mengenai pakej umrah adalah tidak benar.
Menerusi kenyataan media yang diberikan kepada BH Online, pihak Tiram Travel terkejut dan tidak tahu mengenai pakej yang ditawarkan kepada mangsa sindiket penipuan terbabit. “Selepas diberitahu beberapa mangsa penipuan, mengenai kaitan Tiram Travel dengan sindiket berkenaan, pihak kami terus mengambil tindakan pantas dengan menghantar pegawai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.
“Bagaimanapun, pihak syarikat mendapati ia bukanlah rombongan daripada pakej umrah yang ditawarkan oleh Tiram Travel dan tuduhan daripada mangsa serta keluarga mereka yang mengaitkan nama syarikat adalah tidak benar dan tak tepat sama sekali,” kata kenyataan berkenaan. Minggu lalu, Firman menerusi laman Instagram miliknya mendakwa, syarikat Tiram Travel menipu beliau, Nubhan dan 55 jemaah lain, termasuk ibu bapa dan adiknya yang sepatutnya dijadualkan berangkat ke Makkah pada Jumaat lalu, jam 8.45 malam.
07nubahan.transformed_0
Bagaimanapun, sejurus tiba di kaunter pendaftaran di KLIA, nama mereka tiada dalam senarai penerbangan. Ekoran kejadian itu, juara Akademi Fantasia 2014 itu mengalami kerugian hampir RM20,000 manakala Nubhan yang membawa kira-kira 12 anggota keluarganya pula kerugian sekitar RM50,000. Sementara itu, bagi membersihkan nama syarikat, pegawai bertugas Tiram Travel membuat laporan polis di Balai Polis KLIA pada malam hari kejadian untuk mengesahkan Tiram Travel tidak terbabit langsung dalam sindiket penipuan berkenaan.
Justeru, syarikat berkenaan menasihati orang ramai supaya berhubung terus dengan pejabat dan ejen rasmi mereka sekiranya mahu berurusan dengan Tiram Travel, sama ada untuk pakej umrah mahupun pakej pelancongan di dalam serta luar negara.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/141424

Get real time updates directly on you device, subscribe now.