Take a fresh look at your lifestyle.

SEMAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 TERBARU !!

196

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Permohonan baru BKM 2022 kini dibuka.

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia tahun ini bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion.

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
SUMBER : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/906471/pendaftaran-baharu-kemas-kini-bkm-bermula-hari-ini-hingga-31-januari

 

Jumlah penerima BKM lebih ramai berbanding penerima BPR tahun lepas yang hanya 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini BKM dibuka bermula 1 – 31 Jan 2022 bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

“Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat kemaskini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, bagi mengurangkan golongan tercicir, data penerima BPR dan penerima Bantuan Khas Covid (BKC) B40 tahun 2021 dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat ditetapkan.

 

JUMLAH BKM 2022

Berikut adalah jenis kategori yang layak memohon BKM:

SUMBER : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Brochure%20BKM%202022%20FA%20V1.pdf

 

 

Bagaimana Cara Membuat Permohonan BKM?

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

  1. Permohonan Secara Dalam Talian Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
    1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
    2. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
  2. Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
    1. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
    2. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Jumlah Bayaran Bantuan BKM

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah adalah berbeza berdasarkan kategori bantuan, pendapatan dan bilangan anak sebagaimana berikut:

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3 ke atas – RM2,000

Warga emas bujang / tiada pasangan dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan mendapat RM600.

Bujang dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan mendapat RM350.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.