Take a fresh look at your lifestyle.

Selepas Sabah, Kini Sarawak Pula Ingin Mengadakan Pilihan Raya Negeri?

207

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Selepas Sabah yang baru-baru ini mengadakan pilihan raya negeri dan menyebabkan peningkatan kes Covid19, negeri Sarawak juga berdepan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya negeri walaupun negara kita sedang berhadapan dengan ancaman Covid19.

Menurut sumber yang dipetik dari Sinar Harian,

Pandemik Covid-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes Covid-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lepas, beliau berkata, pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“Covid-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Admin harap Sarawak tidak mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat, jika ingin mengadakan pilihan raya negeri tahun 2021 terpulang, harap-harap waktu tu keadaan sudah semakin pulih. Ancaman gelombang ke-3 Covid19 kali ini terutamanya di negeri Sabah amat merisaukan, bukan sahaja dari segi kesihatan juga dari segi ekonomi 🙁

Sabah & Sarawak bersaudara. Kita jaga Borneo.

Sumber Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/106202/BERITA/Politik/Covid-19-tidak-halang-Sarawak-adakan-Pilihan-Raya-Negeri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.