Take a fresh look at your lifestyle.

“Saya sangat memerlukan kerja apa sahaja untuk menyara hidup saya dan keluarga”

467

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Berikut merupakan satu ayat yang sangat menyayat hati daripada seorang lelaki bernama Azmil Bin Ahmad Hassan yang ingin mencari apa sahaja pekerjaan bagi menampung kehidupannya dan keluarganya.

Kes Covid 19 yang meningkat mendadak di Sabah telah mengakibatkan ramai orang telah kehilangan punca pendapatan. Syarikat-syarikat besar juga terpaksa ditutup kerana terjejas teruk dengan pandemik ini.

Melalui satu posting yang disiarkan oleh seseorang di Facebook yang mendapat 8.7k shares and 1.4k likes berkata beliau telah menemui Azmil Bin Ahmad Hassan di Alam mesra, Kota Kinabalu Sabah yang sedang mengedar satu risalah dan meminta beliau untuk menyebarkan info tersebut ke orang ramai yang memerlukan perkhidmatannya. Rata-rata orang ramai menzahirkan rasa sebak dan mendoakan beliau dimurahkan rezeki.

Oleh itu bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan seperti cat pagar atau rumah, mencuci atap, mencuci kereta, membersihkan halaman rumah, membersihkan kipas siling dan lain-lain, bolehlah menghubungi beliau di talian 016-9348556 (Azmin Bin Ahmad Hassan)

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan berharap pendemik ini segera berakhir. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan.

 

Photo Credit: @Anne Marrie Anthony

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.