Take a fresh look at your lifestyle.

Putat Town (Putatan) dan Pokok Putat

0 93

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sejarah Awal Putatan
Sebelum tahun 1884, Putatan adalah sebuah daerah jajahan Kesultanan Brunei tetapi pada 24 Mac 1884 daerah ini telah diserahkan oleh Pengiran Muda Damit Tajuddin bin Pengiran Muda Hashim , wakil Kesultanan Brunei kepada William Hood Treacher, Gabenor British North Borneo Company.
Pejabat Pentadbiran atau Residence Office pemerintahan Inggeris terletak di Kampung Lok Bonu ditepi sungai Putatan.
PUTAT
Kedudukan daerah ini yang berada dekat dengan Pekan Api-Api (kini bandaraya Kota Kinabalu) menjadikan daerah ini sebagai ‘station’ persinggahan kepada perusahaan getah dan bahan-bahan mentah seperti kayu dan bahan-bahan pembinaan bangunan yang dibawa dengan keretapi dari Tenom.
Barang-barang terutamanya kepingan getah dipunggah untuk diproses dikilang yang terletak bersebelahan Stesyen keretapi sebelum dibawa ke pelabuhan di Api-Api untuk diekspot ke luar negeri.
Atas sebab inilah daerah ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh pemerintahan Inggeris untuk mengendalikan kawasan perindustrian berasaskan getah dan bahan-bahan mentah yang lain.
Sungai Putatan merupakan sebuah sungai yang menjadi nadi perhubungan penduduk daerah Putatan ketika itu. Selain daripada laluan utama para nelayan mencari rezeki ke laut, sungai ini juga bersambung dengan sungai Moyog dan Petagas juga menjadi laluan perahu kecil kepada mubaligh kristian untuk mudik ke Donggongon.
Berdasarkan cerita lisan orang tua-tua di Kg. Ulu Putatan, Sungai ini juga menjadi laluan kepada Paduka Mat Salleh dan askar-askarnya bersembunyi di Kubu yang dibina di atas bukit kota (Memorial Tun Mustafa) di Kg. Ulu Putatan selepas menyerang Pulau Gaya sebelum menyusup keluar menuju Inanam.
Asal-usul Nama
PUTATT
Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan. Berdasarkan cerita lisan, daerah ini sebelumnya adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris.
PUTAT
Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.
Walau bagaimanapun kesaihan tentang asal usul nama daerah ini daripada gabungan Putat dan Tan masih dipertikaikan kerana nama daerah ini telah wujud sebelum kedatangan pihak Inggeris pada tahun 1881 dan nama Putatan tercatat dalam sejarah pemerintahan Kesultanan Brunei.
 
 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.