Take a fresh look at your lifestyle.

“Pulang kamu SAKINAH! anak-anak mencarimu!”-Akim Ahmad

3,082

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pada 20 November yang lalu, Konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) telah diadakan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Konsert tersebut telah diadakan tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP).

Konsert yang akan diadakan 3 hari berturut-turut ini bertujuan untuk mempertaruhkan 30 lagu yang terbaik bagi merebut 12 tempat ke pentas Akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Hael Husaini, Yonnyboii, Naim Daniel, Hafiz Suip, Shila Amzah, Nabila Razali, Stacy antara penyanyi-penyanyi yang terlibat dalam SFMM ini.

Namun pada konsert yang lepas, penampilan penyanyi “Khayal” iaitu Stacy Anam, telah mencuit hati para netizen. Selain persembahan beliau dipuji, penampilan beliau yang mengayakan rambut afro juga telah menarik perhatian para netizen.

Rambut afro yang digayakan oleh Stacy tersebut telah disamakan oleh pelakon kanak-kanak iaitu Sakinah dari GtLosiar. Nama beliau menjadi “trending” di laman sosial dan menjadi bahan jenaka para netizen termasuk suaminya sendiri, Akim Ahmad.

Akim ahmad juga turut membahan isterinya di Twitter dengan “Pulang kamu SAKINAH! Anak-anak mencarimu”

photo credit : Facebook Page Stacy Angie

Bukan itu sahaja, Stacy juga memberi respon kepada jenaka – jenaka tersebut serta berharap lagu beliau mampu ke pentas AJL pada tahun depan.

Persembahan beliau boleh dilihat di sini : https://www.youtube.com/watch?v=US50zbeXLSs

Get real time updates directly on you device, subscribe now.