Take a fresh look at your lifestyle.

PRODUKSI AUDIO DAN MUZIK

56

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Okay gais, hari ni min akan kongsikan satu topik yang jarang kita sentuh sebab mungkin banyak diantara kita yang tidak berapa minat dengan topik macam ni.

Hari ni min kongsikan sedikit pasal pengetahuan min dalam perkembangan produksi audio dan muzik di Sabah. Di Sabah, muzik sudah lama berkumdang dan artis-artis di Sabah pun makin banyak. Penyanyi dan pemuzik yang tidak asing lagi di Sabah iaitu mendiang John Gaisah telah kasi hidup ni muzik sumazau sama rentak-rentak lain yang sewaktu dengannya. Tapi sedihnya lepas beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya, semuanya tinggal kenangan. Tapi gais, dari sanalah muzik Sabah semakin berkembang. Lagu-lagu Sabah pun mula di mainkan di radio-radio tempatan.

Produksi Audio Dan Muzik

Okay gais, apakah itu produksi audio dan muzik?. Untuk produksi audio, ini lebih kepada proses rakaman, suntingan dan memperbaiki kualiti audio sebelum di hasil terakhir iaitu muzik dihantar di cawangan-cawangan radio tempatan.

KUALITI PRODUKSI AUDIO DI SABAH

Di Sabah, makin banyak yang mahir tentang memaksimalkan kualti audio dan produksinya. Kualiti mixing dan mastering di Sabah semakin baik sebab teknologi yang ada masa sekarang semakin canggih.

Di studio dulu, produser-produser kerap menggunakan alat-alat analog yang membuatkan kerja itu lebih lama dan susah. Rakaman audio dulu dan sekarang pun sangat-sangat berbeza.  Rakaman dulu-dulu pakai pita saja.

Kalau ada yang tersilap atau terpaksa dirakam balik, dorang terpaksa putuskan pita rakaman untuk buang bahagian rakaman yang salah dan dorang cantumkan balik pakai pelekat. Ada yang bilang bunyi analog lebih cantik dan ada juga yang cakap audio digital lebih clear.

Hakikat sebenarnya gais, dua-dua pun cantik bergantung dengan kemahiran produser dalam mixing and mastering.  

 

Produksi Audio Dan Muzik(Gambar hanya hiasan semata-mata ya gais)

Produk Audio Dan Muziksumber: https://www.techsmith.com/blog/diy-recording-studio/

PEMBELAJARAN PRODUKSI AUDIO DAN MUZIK

                Untuk bahagian muzik, sebenarnya muzik tempat kita ni tiada masalah sebenarnya. Di Sabah, makin banyak yang mahir untuk bermain alat muzik. Ada yang orang bilang gifted dan ada juga yang bertekad untuk fokus muzik dalam kehidupannya gais.

Tapi muzik yang menarik tanpa kualiti audio pun tiada guna gais. Kualiti produksi dengan muzik adalah satu kunci kejayaan sebuah produksi.

Muzik kita tidak boleh pergi jauh tanpa kualiti yang terbaik. Pengkhususan atau pembelajaran produksi audio di Sabah sebenarnya sangat kurang gais. Paling-paling pun dorang buat bengkel ja dan itupun yang bukan secara mendalam.

Lagu-lagu di Sabah sekarang sangat popular dimainkan terutama sekali masa ada masjis atau pesta-pesta tertentu.

Youtube dan dia punya algoritma merupakan kekuatan utama muzik-muzik terutama sekali muzik yang baru di Sabah. Pemasaran secara digital pun semakin meningkat sebab selama ni, artis-artis di Sabah mengedarkan muzik mereka dan menerbitkannya secara menjual CD secara manual.

Dia bukan tida boleh gais cuma, kalau mau sampai ke tahap antarabangsa, muzik-muzik yang kita hasilkan sebaik di pasarkan secara digital ke peringkat dunia

Satu lagi artis yang menjadi tarikan penduduk Sabah iaitu Hosiani Keewon dan Elica Paujin dengan penerbitnya si Benn Simon Bukag yang juga pernah mengeluarkan lagu sendiri dan menarik minat ramai kerana kebolehan beliau bersuara tinggi.

Benn Simon Bukag menawarkan rakaman suara, muzik dan juga label rakaman. Banyak lagi studio-studio berbakat namun tidak dikenali ramai.

Servis yang banyak membantu artis-artis Sabah untuk dikenali ialah algoritma Youtube dan algoritma untuk platform-platform lain.

Ok la gais, sampai sini saja perkongsian min ni kali. Jangan lupa cek laman web kami di sabahan.my.

 

Artikel menarik: https://sabahan.my/blog/kenali-6-pahlawan-sabah-terdahulu/

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.