Take a fresh look at your lifestyle.

PM beri ucapan kepada Joe Biden, Presiden AS.

128

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Joe Biden telah memenangi dan menguasai Rumah Putih dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Beliau telah “dibanjiri” dengan ucapan-ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin dunia seperti Perdana menteri Kanada dan juga United Kingdom.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak ketinggalan untuk memberi ucapan tahniah kepada Joe Biden. Beliau berharap di bawah kepimpinan Biden, Malaysia dapat mengukuhkan kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam menangani cabaran global seperti pendemik COVID-19.

“Sebagai negara yang berkembang pesat, Malaysia amat mementingkan hubungannya bersama Amerika Syarikat. Kerjasama antara Amerika Syarikat dan Malaysia menjadi kerangka yang menyeluruh untuk hubungan yang pro-aktif dalam semua aspek antara dua negara” katanya  dalam satu kenyataan rasmi.

Tambahan pula, beliau berkata “Malaysia mengikut proses pemilihan di Amerika Syarikat dengan penuh harapan. Pemilihan Mr Biden sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu membuktikan bahawa beliau dipilih oleh Pengundi Amerika kerana kepimpinan dan wawasan yang dibawahnya”

Sumber Facebook Tan Sri Muhyiddin

“Saya doakan Presiden yang dipilih, Joe Biden berjaya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai presiden dan berharap untuk bertemu dengannya secara peribadi jika ada kesempatan,” Katanya lagi.

Joe Biden telah memenangi pilihan raya dan sah menjadi presiden Amerika Syarikat ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral serta menjadi calon Demokrat pertama yang memenangi undi elektoral.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.