Take a fresh look at your lifestyle.

PERSEDIAAN AWAL SEMASA BANJIR

68

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Keadaan banjir yang melanda beberapa kampung di daerah Beaufort sebelum ini. - Foto Bernama
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/05/818633/hujan-berterusan-banjir-di-sabah-semakin-buruk

 

Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas saja seramai 2,435 orang mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa daerah kian memburuk. Setakat jam 9 pagi, 874 keluarga di enam daerah terjejas akibat banjir di Kota Marudu, Paitan, Beluaran, Telupid, Sandakan dan Pitas. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, bilangan terbabit terus meningkat berbanding 1,826 mangsa membabitkan 599 keluarga setakat tengah malam tadi.

 

Di khabarkan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri dan daerah di Sarawak dan Sabah diarahkan bersiap siaga termasuk mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir. Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan arahan itu berikutan ramalan luruan monsun dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan.

 

Sebagai langkah berjaga- jaga adalah lebih baik untuk membuat persediaan awal semasa banjir. Antara persediaan awal sebelum dan selepas banjir ialah,

 

APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?

Sebelum Banjir
1. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.

2. Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
3. Pastikan lokasi pusat pemindahan.
4. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
5. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
6. Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
7. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
8. Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
9. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
10. Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
11. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.
12. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.

 

Semasa Banjir
1. Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
2. Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
3. Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
4. Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
5. Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
6. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.
7. Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
8. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh
9. Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.
10. Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.

 

Selepas Banjir
1. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
2. Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
3. Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.
4. Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.
5. Periksa paip gas yang mungkin bocor.
6. Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.
7. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
8. Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.
9. Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.
10. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.
11. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.

 

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.