Take a fresh look at your lifestyle.

Pengeluaran akaun 1 KWSP dibenarkan sehingga RM60000 – Menteri Kewangan

76

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Program i-Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban ahli-ahli yang kehilangan sumber pendapatan dan diberi cuti tanpa gaji akibat pandemik Covid-19 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, i-Sinar ini akan memberi manfaat  kepada 2 juta ahli yang layak dengan peruntukan yang dianggarkan sehingga RM14 billion kepada ahli yang layak.  Namun, pengeluaran caruman daripada Akaun 1 KWSP ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Pendaftaran i-Sinar ini boleh dilakukan bermula Disember 2020 dan akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan seleas permohonan telah dibuat. Ahli – ahli yang layak boleh melayari laman web www.kwsp.gov.my untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai i-Sinar.

Selain itu, KWSP melalui satu kenyataan berkata, “Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan”

Tunku Alizakri Alian berkata, ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000, dibenarkan memohon pendahuluan sehingga RM9,000. Manakala, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 yang melebihi RM90,000, pendahuluan yang diberikan adalah sehingga RM60,000.

 

photo credit : KWSP 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.