Take a fresh look at your lifestyle.

'Pakaian sedondon idea Akim' – Stacy

31

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy, 26, mendedahkan idea untuk mereka sekeluarga mengenakan baju sedondon apabila keluar bersiar-siar adalah daripada suaminya sendiri, Akim Ahmad, 25.
Sejak akhir-akhir ini, pasangan selebriti terbabit bersama anak angkat mereka, Bella, sering mencuri perhatian peminat di laman sosial Instagram dengan gaya pakaian sama. “Pastinya ramai tidak dapat menyangka idea untuk memakai baju sedondon adalah daripada Akim.
Saya sendiri tidak pernah terlintas berpakaian sedondon jika sekadar keluar bersantai. “Akim juga mempunyai sikap unik yang tidak diketahui ramai, iaitu gemar untuk keluar berjalan-jalan. Dia boleh merajuk jika permintaannya untuk beriadah tidak diendahkan saya,” katanya kepada BH Online.
Katanya, mereka berdua memang mempunyai jadual kerja seni yang padat demi masa hadapan keluarga. Keadaan itu membuatkan masing-masing ada kalanya tidak sempat untuk bersua muka. “Justeru, saya memahami usaha Akim untuk meluangkan masa bersama,” katanya. Dalam perkembangan terkini, Stacy giat mempromosikan single terbaharu berjudul Romeo, ciptaan suaminya itu.
Pada masa sama, penyanyi ini sedang mengumpul bahan untuk album penuh. “Alhamdulillah, peminat memberikan sambutan memberangsangkan terhadap lagu Romeo. Ramai juga yang tidak menyangka saya tampil dengan lagu berentak sebegini. “Malah saya sendiri keliru sama ada ia harus disertakan dengan tarian rancak atau sebaliknya. Romeo akan dimuatkan di dalam album terbaharu saya, namun belum pasti bila ia akan berada di pasaran?” kata Stacy.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139487

Get real time updates directly on you device, subscribe now.