Take a fresh look at your lifestyle.

Mangsa kejadian Perodua Myvi hanyut, dibawah arus telah ditemui.. Salam Takziah buat keluarga mangsa

68

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

 

Keadaan cuaca  hujan yang tidak menentu di sekitar kawasan Sabah telah mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan hingga menenggelamkan jalan yang menjadi laluan utama kenderaan..

KOTA KINABALU – Pada jumaat lalu, 3/09/2021 tular sebuah video yang memaparkan kenderaan Perodua Myvi dihanyutkan arus deras semasa melintas jambatan di jalan Kionsom Lama.

Identiti kedua-dua mangsa telah dikenal pasti sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan dan kenderaan mangsa ditemui kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai, inanam oleh 6 orang penduduk kampung selepas sejam pencarian pada keesokan paginya.

Semasa anggota bomba melakukan penyelaman, mereka mendapati terdapat seorang mangsa dalam kenderaan berkenaan apabila dapat memegang bahu dan kepalanya.

Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan iaitu Simon Sanga Tupe dikhuatiri hilang kerana tidak Berjaya ditemui di lokasi kenderaan tersebut.

Oleh itu, operasi pencarian diteruskan ke hari berikutnya dan menyusuri sungai berkenaan. Selepas 4 hari operasi pencarian berlangsung, akhirnya mangsa berjaya ditemui di kawasan tebing sungai Kampung Dambai, Inanam pada hari isnin 6/9/21  dalam keadaan tertimbun pasir.

Mayat mangsa ditemui oleh dua beradik kira-kira jam 1.30 tghari dan kemudian memaklumkannya kepada pihak berkuasa yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, penemuan mangsa kira-kira 800 meter dari lokasi kenderaan Myvi tersebut ditemui.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari timbunan pasir dan kemudian menyerahkannya kepada pihak bolis untuk Tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, dinasihatkan agar kita semua dan seluruh masyarakat mestilah sentiasa berhati-hati ketika memandu di musim hujan terutama di Kawasan-kawasan jalan yang mengalami banjir.

Apapun, salam takziah kepada seluruh keluarga besar mangsa, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini.

Akhir sekali, Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak-pihak dan penduduk kampung yang terlibat membantu sepanjang operasi pencarian berlangsung.

 

SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA MANGSA. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.