Take a fresh look at your lifestyle.

KLUSTER TERBARU DI TAHUN 2022!

102

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Terbaru kluster Covid19 yang berlaku di sebuah hotel di Kundasang.

 

Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, berkata bahawa kluster baharu yang direkodkan di Sabah membabitkan sebuah hotel di Kundasang.

 

Beliau berkata kes indeks kluster Jalan Kem Bina di Ranau itu membabitkan seorang lelaki tempatan yang berusia 59 tahun. Lelaki itu juga merupakan salah satu kakitangan Hotel Perkasa di Kundasang dan dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Ranau pada 23 Dis lalu.

 

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/09/628353/sabah-returnees-free-quarantine-if-swab-test-negative

 

Katanya ketika dihubungi. “Saringan terhadap 70 kontak rapat, rakan sekerja serta keluarga mendapati 39 lagi kes positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif 40 kes, termasuk enam kes baharu yang dilaporkan hari ini.”

 

Terdahulu, Masidi berkata, 161 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah hari ini, menjadikan keseluruhan 241,122 kes.

 

Tambahan pula, dua lagi kematian dilaporkan, masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.

 

Bilangan pesakit sembuh ialah 217 orang, termasuk yang discaj dari hospital dan PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah), menjadikan jumlah kumulatif 234,007 orang.

 

Seramai 673 pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 359 orang di hospital, 313 orang di PKRC awam dan seorang di fasiliti swasta.

 

https://www.infosihat.gov.my/multimedia/infografik/item/jika-anda-mempunyai-gejala-yang-teruk-sila-dapatkan-rawatan-segera.html

 

Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 36 orang, merangkumi 35 di ICU dan seorang di wad terbuka, manakala 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya. – FMT

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.