Take a fresh look at your lifestyle.

Kes Covid-19 di Sabah menurun….

417

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pada 23hb November, kes yang dilaporkan menurun kepada 289 kes berbanding kes yang dilaporkan semalam iaitu 311 kes. Manakala kes sembuh ialah 416.

Daerah Kota Kinabalu mempunyai kes yang tertinggi iaitu 71 dan diikuti dengan daerah Tawau 63. Kes aktif tertinggi mengikut daerah adalah di daerah Kota Kinabalu iaitu 1,198 dan diikuti dengan daerah Sandakan iaitu 1,115 yang menjadikan keseluruhan kes aktif di Sabah sebanyak 5,593 kes.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (FB page)

Sejak 3 hari yang lalu, kes positif Covid-19 di Sabah semakin menurun. Namun, terdapat dua kematian yang dilaporkan di Sabah hari ini iaitu di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Queen Elizabeth.

Pesakit yang berusia 58 dan 80 tahun yang meninggal dunia itu masing-masing mempunyai sejarah penyakit kronik. Kematian ini menjadikan keseluruhan kes kematian di Sabah sebanyak 194 kes.

Di samping itu, kadar pematuhan pendidikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaporkan melebihi 97.88% semalam.

Kinabatangan, Sipitang dan Kota Belud menjadi daerah-daerah yang mempunyai kadar peratus pematuhan SOP yang tertinggi. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut :

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.