Take a fresh look at your lifestyle.

Kenali James Wan, Pengarah Filem Dari Borneo

236

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Tahukah kamurang pengarah filem untuk Saw, filem ‘American Horror’ yang amat popular pada tahun 2004, Insidious, Conjuring, Aquaman dan juga Fast Furious 7 berasal dari Borneo?

Mandatory Credit: Photo by Stephen Lovekin/TVLine/REX/Shutterstock (5779437av)
James Wan, executive producer of ‘MacGyver’
Portrait Studio, Comic-Con International, San Diego, USA – 21 Jul 201

ya, betul! semua filem-filem yang kita pernah tengok itu merupakan hasil tangan anak tempatan yang berasal dari Kuching, Sarawak. WOW!

James Wan yang berbangsa cina ini dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 26 Februari, 1977. Beliau telah berpindah dan dibesarkan di Perth, Australia. Selain itu, beliau juga telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni di Royal Melbourne Institute of Technology.

Mempunyai cita-cita untuk menjadi pengarah filem sejak berumur 11 tahun lagi maka tidak heran la filem-filem ternama yang beliau hasilkan amat memberangsangkan.

Bagi mereka yang meminati filem-filem seram pasti mengenali filem-filem seperti The Conjuring, The Nun, Annabell, Saw dan Lights Out. Rata-rata filem beliau mendapat sambutan yang amat baik.

Filem pertamanya, ‘Stygian’ telah memenangi ‘Best Guerrilla Film’ pada Festival Filem Underground Melbourne pada tahun 2000. Selain itu, Beliau yang merupakan pengarah, penulis skrip, penerbit dan juga penulis komik ini amat popular dan giat menempah nama di Asia mahupun di Hollywood sejak tahun 1999 lagi.

Selain dari filem-filem seram, beliau juga merupakan pengarah bagi Fast & Furious 7 (2015)  dan Aquaman (2018).

 

Fakta tambahan : Kini beliau telah berkahwin dengan salah satu pelakon dalam filem beliau sendiri iaitu ‘The Nun’ yang membawa watak sister Oana.

 

 

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.