Take a fresh look at your lifestyle.

KENALI 6 PAHLAWAN SABAH TERDAHULU

1,007

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Tahukah anda? Selain Mat Salleh dan Datu Mustapha yang merupakan seorang pahlawan Sabah yang dikenali ramai dan terkenal dalam aksi menentang penjajah, terdapat beberapa juga pahlawan lain yang sanggup untuk menentang penjajah pada zaman dahulu. Jom kita kenali antara beberapa pahlawan terdahulu yang banyak menyumbang dalam kemerdekaan Sabah daripada dijajah orang luar. Mungkin ada di antara senarai pahlawan ni “first time” kamu dengar kalini.

 

Borneo History: Perang Si Gunting Pahlawan Dusun Kota Marudu 1894-1905.
SUMBER : https://borneohistory57.blogspot.com/2018/01/perang-si-gunting-pahlawan-dusun-kota.html

1. Si Gunting

Sogunting (Si Gunting) berperang melawan Kompeni British pada tahun 1894-1905, kerana mempertahankan keluhuran adat istiadat Dusun. Dilahirkan di Mumus atau Serinsim Kota Marudu sekitar tahun 1859 dan berbangsa Dusun Liwan. Seorang yang cintakan adat dan budaya Dusun, oleh kerana itu dia tidak bertoleransi dengan pihak yang melanggar adat dan budaya Dusun. Beliau kemudian dilantik menjadi ketua suku kaum Dusun di Mumus (Serinsim). Penentangan Sogunting bermula hampir sama waktu dengan penentangan Mat Salleh, cuma sedikit lebih awal dari penentangan Mat Salleh. Penentangan Sogunting bermula ketika seorang pegawai British yang merangkap kerani pejabat daerah Serinsim telah menghina adat Dusun. Sogunting mengumpulkan pasukan Dusun dari Mumus dan memimpin pasukan tersebut untuk menyerang balai polis dan pusat pentadbiran British di Mumus (Serinsim). Sogunting melakukan perang gerila selama tujuh tahun menentang British. Sekitar tahun 1896, Sogunting telah menimbulkan kembali huru hara di Kota Merudu. Setelah tujuh tahun berperang, akhirnya, Sogunting diberikan tawaran untuk berdamai dari pihak British, Sogunting menerima tawaran perdamaian tersebut dan mulai menghentikan perang gerila pada tahun 1901.

 

 

Antanom: Hero Sabah yang berasal dari suku kaum pemburu kepala tersohor! | SOSCILI
SUMBER: https://soscili.my/antanom-hero-sabah-yang-berasal-dari-suku-kaum-pemburu-kepala-tersohor/

 

2. Antanom

Ketika usia 30 tahun, Antanom telah memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Banyak faktor mengapa Antanom hilang sabar dengan SBUB dan disebabkan itu, dia telah menyeru orang ramai dan berjaya kumpul hampir seribu orang pahlawan terdiri daripada kaum Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan pada tahun 1915 untuk menentang empayar British itu. Pihak British dikejutkan dengan kehadiran Antanom dan kesemua pahlawan yang berjaya dikumpulkannya itu di hadapan bangunan pentadbiran mereka. Antanom dan pengikutnya kemudian menyerang dengan membakar bangunan kerajaan dan kejayaannya itu telah membakar semangat orang Murut yang lain. Pengikut Antanom bertambah seramai 900 orang dan berlakunya pertempuran selama 6 minggu antara mereka dan pihak British. Antanom juga telah membina kubu pertahanan dan pada April 1915, pihak British telah hantar 400 orang tentera dilengkapi dengan senjata api untuk menyerang balas. Meskipun hanya menggunakan senjata asas seperti sumpitan, pedang dan lembing namun semangat mereka tidak hilang.

 

 

3. Datu Tating

Disebabkan perangai penjajah British yang tidak langsung menghormati adat istiadat tempatan yang telah dipratikkan oleh Suku Tausoq dan Iranunu dan cerita daripada masyarakat tempatan bahawa John Herbert telah bertindak kurang ajar dengan mengacukan senjata ke arah Datu Tating telah membuakkan amarah masyarakat tempatan. Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating adalah merupakan seorang “Pahlawan Sulu” yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775. Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu putih (batu granit) yang telah tumbuh diumbun-umbun beliau semenjak kanak-kanak lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan keluarga Maharaja Adinda).

 

 

SUMBER : https://badusinfo.com/pahlawan-dusun-si-langkap/

 

4. Si Langkap

Dato Muda Malankapi atau lebih dikenali dengan nama “Si Langkap” oleh penulis-penulis Barat di zaman kolonial, merupakan salah satu orang kanan utama (panglima) Mat Salleh yang berbangsa Dusun dalam perang menentang British. Dusun merupakan tulang belakang kepada pemberontakan Mat Salleh, kerana pada penentangan ini sekitar 70-75% daripada sekitar 1300-1500 orang pasukan Mat Salleh merupakan orang Dusun yang kebanyakannya dari daerah Tambunan. Sekitar Oktober 1899, Si Langkap memimpin sepasukan orang Dusun dan Iranun untuk bertemu dengan wakil British di Sungai Putatan. Wakil British tersebut bernama Nakhoda Kusau yang merupakan Dayak Iban dari Sarawak dengan membawa seorang pengikut bernama Sark. Si Langkap berbangsa Dusun Tagahas, semantara Kamunta pula berbangsa Iranun. Mereka masih melakukan beberapa serangan di kawasan Tempasuk, Tuaran dan Manggatal, menyebabkan pihak kompeni mengiatkan pemburuan terhadap dua pemimpin pemberontak ini. Setelah serangan yang kurang berjaya ke atas Ambong, Kamunta akhirnya menyerah diri kepada pihak kompeni pada tahun 1902. Pada 24 Julai 1902, Kamunta dan rakannya yang bernama Sidik dihukum mati di sebuah Bukit berdekatan Abai, Tempasuk. Kerana telah kehilangan sokongan dari kaum Dusun dan kesukaran mendapatkan makanan, Si Langkap akhirnya juga terpaksa menyerah diri kepada pihak kompeni; dia dihukum mati di bukit yang sama berdekatan Abai pada tahun 1903.

 

 

Mustapha Harun.jpg
SUMBER : https://en.wikipedia.org/wiki/Mustapha_Harun

 

5. Datu Mustapha Harun

Seperti yang kita tahu Tun Datu Mustapha bin Datu Harun (31 Julai 1918 – 2 Februari 1995) merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau juga digelar ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan ‘Bapa Pembangunan Sabah’. Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Albert Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Albert Kwork.

 

Mat Salleh,Borneo Utara (Sabah) – Pejuangan Tokoh Tempatan
SUMBER : https://intelekblogirls.wordpress.com/2016/06/27/mat-sallehborneo-utara-sabah/

 

6. Mat Salleh

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan ialah sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya. Sebelum kedatangan British, beliau ialah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Kesan kedatangan British menyebabkan wilayah kesultanan Brunei semakin lama semakin mengecil dan kesultanan Sulu ditamatkan atas dasar perjanjian yang dimeterai dengan British. Antara sebab-sebab penentangan beliau adalah:

 

1.Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa.

2.Mat Salleh cuba mengadakan rundingan dengan SBUB,namun gagal.Sebaliknya,Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.