Take a fresh look at your lifestyle.

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

70

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Nama Jawatan : Juruteknik Komputer FT19 / FT22

Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat

Kumpulan
Perkhidmatan : Pelaksana



MAKLUMAT JAWATAN :

Bilangan Kekosongan : Sepuluh (10) Jawatan

Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (10)

Taraf Jawatan : Tetap & Berpencen

Jaduan Gaji : Gred FT19 : RM1,377.00 – RM4,052.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

 

SYARAT LANTIKAN :

Terdapat beberapa syarat lantikan yang telah ditetapkan, berikut merupakan syarat-syarat tersebut :

A)(i)     Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

(ii)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

(iii)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

B) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN : 

Bagi membuat permohonan terhadap jawatan ini, ia mempunya cara dan kaedah yang perlu diikuti. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan:

A) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

B) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

C) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

D) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

E) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

NOTIS : TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN :

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan, di sini ada berita baik untuk anda.

A) Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.

B) Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

 

UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN SILA LAYARI :

https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

Get real time updates directly on you device, subscribe now.