Take a fresh look at your lifestyle.

JAWATAN KOSONG JURUTERA J41 (awam)

107

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Nama Jawatan : Jurutera (Awam) Gred J41

Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional



MENGENAI JAWATAN : 

Bilangan Kekosongan : Tujuh Puluh Lapan (78) Jawatan

Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi cawangan/daerah JKR

Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji : Gred J41 : RM2,529.00 – RM9,643.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :

a)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON : 

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN : 

1.Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

2.Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.