Take a fresh look at your lifestyle.

Jual minyak terpakai anda!

41

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Used Cooking Oil (UCO) atau minyak masak terpakai ini boleh dikitar semula dengan menukarkan minyak tersebut kepada biodiesel yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti lori, bas dan jentera.

Kempen ini telah lama diperkenalkan namun segilintir masyarakat masih mengambil remeh dan kurang terdedah tentang hal-hal yang boleh memulihara alam sekitar sebegini.

Lebihan minyak masak yang dibuang ke dalam singki akan menyebabkan singki tersumbat dan lebih teruk lagi jika dibuang ke sungai boleh menyebabkan sungai tersebut tercemar.

Oleh itu, inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai ini bukan sahaja membantu memulihara alam sekitar. Malahan, pengumpulan minyak masak terpakai ini juga dapat menjadi sumber pendapatan.

Berita baik untuk orang Sabah! pengumpulan minyak masak terpakai dirumah boleh memberi keuntungan. Melalui Facebook page “Zero Waste Sabah”, minyak masak terpakai boleh dijual kepada Encik Chen Yee dengan harga RM1.20/kg.

Kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjual minyak masak terpakai bolehlah menghubungi Encik Chen Yee melalui talian 016-8472938.  Segala maklumat tambahan mengenai UCO ini boleh didapati di Facebook page “Zero Waste Sabah”.

Photo Credit : Zero Waste Sabah

Melalui satu posting oleh pengguna Facebook, beliau telah menjual minyak masak terpakai beliau kepada Encik Chen Yee sendiri.

Photo Credit : Jlv J

Get real time updates directly on you device, subscribe now.