Take a fresh look at your lifestyle.

“kekal di zon merah, jangan balik ke kampung.”- Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

44

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang berada di zon merah atau kawasan pkpkb harus kekal di zon merah dan jangan balik ke kampung.

Sesorang yang merentas desa atau balik ke kampung terutamanya ke kawasan zon hijau akan ada risiko membawa jangkitan tersebut kepada warga emas dan kanak-kanak walaupun tidak bergejala.

Ini kerana 60-70% mereka yang dijangkiti tidak bergejala dan boleh terdedah kepada penyakit tersebut tanpa disedari.

Satu kes telah berlaku di Kelantan di mana seorang wanita yang pulang ke kampung halamannya telah menjangkiti empat ahli keluarganya.

Mereka yang dijangkiti termasuk seorang bayi perempuan berusia 22 hari dan juga seorang nenek berumu 75 tahun serta ibu dan adiknya.

Oleh hal yang demikian, Tan Sri Dr Noor Hisham menekankan kepada orang ramai untuk elakkan merentas sempadan negeri dan daerah.

Beliau juga berkata mereka yang berada di zon hijau harus berhati-hati dengan mereka yang balik ke kampung dari zon merah.

 

sumber :

https://www.youtube.com/watch?time_continue=125&v=S3G4K3N5x1Y&feature=emb_title

Get real time updates directly on you device, subscribe now.