Take a fresh look at your lifestyle.

Isaac Voo, artis K-pop Malaysia yang pertama berasal dari Sabah.

46,288

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sebut sahaja pasal dunia K-pop pasti ramai yang teruja termasuk rakyat Malaysia. Korean pop atau K-pop merupakan genre musik popular yang berasal dari Korea Selatan dan amat digemari seluruh dunia.

Korea Selatan yang kaya dengan budaya yang unik dan pelbagai ini bukan sahaja popular di Asia bahkan di Amerika dan juga Eropah. Budaya mereka sering menjadi ikutan para peminat seluruh negara.

Namun begitu, tahukah anda? Idola K-pop Malaysia yang pertama berasal dari Sabah. Ya betul!

Isaac Voo Kai Meng dilahirkan pada 12 Disember 1994 (24 tahun) merupakan seorang penari yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Isaac telah menyertai ‘idol survial programme’ iaitu BOYS24 pada tahun 2016 dan menjadi salah satu daripada 5,500 peserta yang mengikuti program tersebut.

Photo Credit : BOYS24 (TV SHOW)
Photo Credit : Isaac Voo
Photo Credit : Isaac Voo

Setelah 8 bulan menjalani latihan intensif dan 260 persembahan di Korea, dia berjaya ke pusingan akhir dengan kedudukan no 6 dan menjadi salah satu member group K-pop IN2IT.

Photo Credit : IN2IT
Photo Credit : IN2IT
Photo Credit : IN2IT

Isaac yang mendapat pendidikan awal di SJK (C) Chung Hwa Likas dan SM Lok Yuk, Likas  fasih berbahasa Melayu, Kantonis, Mandarin, Inggeris dan Korea telah menjadi orang pertama yang berjaya menjadi seorang Idol di Korea.

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.