Take a fresh look at your lifestyle.

iPhone 12 telah tiba di Malaysia

143

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya iPhone terbaru yang dikeluarkan oleh jenama telefon pintar, Apple iaitu iPhone 12 bakal berada di Malaysia pada 13 November ini. Semua model iPhone 12 iaitu iPhone 12 mini (5.4-inci),  iPhone 12 (6.1-inci), iPhone 12 pro (6.1-inci) dan iPhone 12 pro max (6.7-inci) akan berada di pasaran pada november ini.

Malahan, produk Apple ini boleh ditempah awal melalui laman web rasmi apple iaitu apple.com/my atau melalui syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Digi, Maxis dan Celcom pada 6 November 2020, hari Jumaat bermula dari pukul 9 malam.

iPhone 12 ini sempat menjadi bualan orang ramai kerana Apple memutuskan untuk pengeluaran iPhone kali ini hanya disertakan satu unit kabel converter Lighting ke USB-C sahaja tanpa palam pengecas dan earpods.

iPhone 12 didatangi dengan pelbagai warna menarik, kapasiti dan harga yang berbeza. Berikut merupakan senarai harga rasmi iPhone 12 :

iPhone 12 mini

64GB – RM3,399

128GB – RM3,599

256GB – RM4,099

iPhone 12

64GB – RM3,899

128GB – RM4,099

256GB – RM4,599

iPhone 12 Pro 

128GB – RM4,899

256GB – RM5,399

512GB – RM6,299

iPhone 12 Pro Max 

128GB – RM5,299

256GB – RM5,799

512GB – RM6,699

Get real time updates directly on you device, subscribe now.