Take a fresh look at your lifestyle.

InsyAllah dengan izin-Nya…

121

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Siapa yang tidak kenal penyanyi “sumandak sabah pandai masak nasi”, Marsha Milan. Gadis yang berasal dari Tamparuli, Sabah ini merupakan penyanyi, pelakon dan juga pengacara Malaysia. Marsha mula dikenali selepas mendapat tempat ke-4 dalam musim ke-3 Akademi Fantasia.

Baru-baru ini Marsha telah memuat naik gambar beliau menerusi Instagramnya yang telah menarik perhatian para netizen dan juga selebriti lain.

Kerana gambar yang Marsha upload tu mcm ada ‘baby bump’, ramai yang menyangka beliau sedang hamil. Namun, belum sempat netizen mengucapkan kata tahniah, beliau menulis “Alhamdulillah, kenyang dua pinggan nasi tapau. Da.. da tidak payah ditanya mengandung ke tak, jawapannya tidak. Swipe right untuk bukti” di ruang caption.

Marsha menafikan yang beliau sedang hamil dan hanya banyak makan yang menyebabkan perutnya nampak seperti ada ‘baby bump’ semasa menghadiri satu majlis. Beliau meminta agar orang ramai terus mendoakan beliau.

Bukan sahaja para netizen malah rakan selebriti juga turut mendoakan Marsha dan suaminya segera dikurniakan cahaya mata.

 

Pada 2015, Marsha telah berkahwin kepada seorang ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam setelah 10 tahun berkenalan. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.