Take a fresh look at your lifestyle.

3 GUA MISTERI DI SABAH

237

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Okay gais, hari ni saya mau kongsikan gua misteri yang ada di Sabah. Kita tau jugakan kita patut jaga adab kita di tempat-tempat macam ni sebab boleh bawa musibah sama diri kita atau keluarga kita. Manatau ada semangat yang ikut-ikut kita kan. Jadi hari ni min kasi cerita kamu gua misteri yang ada di negeri kita.

  1. Gua Misteri Agop Batu Tulug

Ba gais dalam gua ni ada banyak keranda yang diperbuat daripada kayu balak. Belian dengan merbau adalah antara bahan-bahan yang digunakan bersama dengan kayu balak.Jadi apa misteri dia gais?. Dipercayai bahawa keranda tu masih lagi kukuh sampai sekarang walaupun usia dia 400-sampai 900 tahun sudah. Orang bilang dia kukuh sebab ada misteri berkaitan alam.

Gua Misteri

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Agop_Batu_Tulug_Caves

Bila gua ni dijumpai?, mungkin masa tu ada yang sudah lahir ataupun belum. Pada tahun 1984, gua Agop Batu Tulug ni dijumpai masa ekspedisi yang diketuai oleh P Brietag iaitu pengurus ladang tembakau di Batu Putih, Kinabatangan. Jadi dari sana la dorang buat kajian tentang gua ni. Pengkaji pertama gua ini datang dari sana Muzium Sarawak iaitu Barbara Harrisson, bersama penyelidik dari Muzium Sabah untuk membuat kajian.

  1. Misteri di Gua Madai

Okay gais, yang tadi tempat simpan keranda, yang ni pula merupakan tempat penuaian sarang yang dijaga oleh masyarakat Idahan sejak beratus-ratus tahun lagi. Banyak kejadian mistik dan benda-benda pelik berlaku yang diceritakan oleh penduduk-penduduk disana sampai semua penduduk kampung tau.

Gua MisteriSumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Madai

Dengar cerita, sarang burung yang ditaui kena guna untuk buat sup sarang burung sebagai tuntutan yang sebahagan besarnya berasal dari masyarakat Cina terutamanya masa Tahun Baru Cina dua kali setahun dari Februari dan April dengan Julai dan September.

Itu merupakan aktiviti yang pernah dilakukan suatu ketika dulu. Kejadian mistik yang pernah berlaku disini adalah masa lelaki bernama Mohd Uhdi terjumpa dengan wanita misteri yang ada rambut panjang sama pakai baju warna hitam. Ada yang bilang dorang jumpa kelibat kepala kambing atas batu.

Baca juga: https://sabahan.my/blog/3-tempat-pelancongan-paling-bersejarah-di-sabah/

  1. Gua Misteri di Batu Luang

Okay gais, gua terakhir yang min mau share adalah gua Batu Luang. Gua Batu Luang yang terletak di Kuala Penyu ni terkenal dengan cerita dan lagenda misteri. Tapi gais, ini telah sudah dijadikan sebagai destinasi pelancongan sebab dorang mau menikmati keindahan pulau sama hidupan laut yang tumbuh di dasar laut. Tapi banyak cerita-cerita mistik yang berlaku sini gais.Gua Misteri

Sumber: https://iamlejen.com/misteri-perempuan-batu-belah-batu-bertangkup-ini-salah-satu-lagenda-pantai-batu-luang-sabah/#.YcAOzGhBzcs

Nampak cantik kan gais? Tapi sebalik kecantikkan, ada cerita lagenda yang berlaku di tempat ini. Dulu ada cerita tentang orang yang terperangkap dalam gua ni. Seorang wanita terperangkap dalam gua ini. Yang kesiannya gais, ni wanita baru saja mendirikan rumah tangga. Ketika suaminya menghulurkan kedua-dua tangannya untuk menarik isterinya keluar, tiba-tiba gua tersebut runtuh dan isterinya terperangkap dalam gua. Suaminya mengambil cincin mayat isterinya dan terus kasi tinggal tu tempat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.