Take a fresh look at your lifestyle.

[Full Highlight Video] Final Pitchborneo 2021 : Senarai 10 Idea Terbaik Memenangi RM20,000

329

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Setelah 24 finalist pitchborneo berjaya ke final pitchborneo 2021, akhirnya 10 Idea terbaik memenangi RM20,000 untuk mengembangkan lagi idea bisnes mereka. Berbeza dengan sebelum ini, kali ini pitchborneo 2021 berlangsung sepenuhnya secara online dan dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon Pedalaman, Zon Pantai Barat, Zon Pantai Timur & Zon Utara.

Pada tahun 2021 ini, pitchborneo 2021 membawa tema “Pendemic Proff & Artisan”.

 

Apa itu Pitchborneo? 
PitchBorneo merupakan satu pertandingan terbuka kepada usahawan baru ataupun lama bagi membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea yang terbaik berpeluang untuk memenangi RM20,000.00! PitchBorneo yang dahulunya dikenali sebagai Sabah Got Ideas (SIG) ini merupakan anjuran SATA bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).

Jika sebelum ini, aktiviti pitchborneo akan berlangsung selama 2 hari di 4 daerah terpilih setiap tahun dan mengumpulkan hampir 30 idea bisnes di setiap daerah. Namun disebabkan, pendemik Covid19 ini kini program pitchborneo untuk tahun 2021 ini dijalankan sepenuhnya secara online dan kini dipecahkan kepada 4 zon.

Untuk pitchborneo 2021, akan dipecahkan kepada 4 zon iaitu :

Zon Pendalaman : 9 – 18 Julai 2021 (secara online)
Zon Pantai Barat : 6 – 15 Ogos 2021 (secara online)
Zon Pantai Timur : 3 – 12 Sept 2021 (secara online)
Zon Utara : 8 – 17 Okt 2021 (secara online)

State Final : 13 – 21 Nov 2021 (secara online)

 

FINAL PITCHBORNEO 2021
Akhirnya pada 21 Nov 2021, sesi final pitchborneo 2021 telah berlansung dan 4 juri diberi tanggungjawab untuk menilai idea bisnes para peserta yang akan memenangi RM20,000 untuk pitchborneo 2021 kali ini.

[VIDEO] FULL HIGHLIGHT PITCHBORNEO 2021

 

 

 

Berikut adalah senarai 10 pemenang pitchborneo 2021:

01. VIANNEY EVANA VIDE –  WAGAS DE ASI
02. CHERRY DING CHEW LI – TEM TEM
03. EMILY JENEBLE Emily Jeneble & RENNY @ ANNA BINTI JENEBLE @ DAMIS – EVOLUSI KRAF BATULUNGUYANN
04. ANITA BINTI TAHIR Anita Nits – ALGAE AQUATECH CONCENTRATED MICROALGAE
05. MIDMILISA ODDY ANAK LIDAM Midmilisa Oddy – SHAMPOO BUNGA TELANG
06. ALEX DAVID Dayne David – KB AGRO SEEDLING
07. ZEE SHAZILA Zee Shazila – G1FT HOUSEWIFE TAILOR
08. NATHANIEL MAIKOL Nathaniel Onen – BIO-FERTILIZER
09. SADZUL ADUN @ HAMZASIN – KUNGKUNG LEATHERCRAFT
10. HERECKSON FREX RUBIN – LINDUK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.