Take a fresh look at your lifestyle.

Fenomena “Light Pillar” menarik perhatian penduduk Sabah!

660

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Baru-baru ini, sebuah fenomena alam yang acap kalinya berlaku telah mengempakkan penduduk Kota Marudu dan Kudat sekitar pukul 8.20 malam pada 10/11/2020. Fenomena yang dikenali sebagai tiang cahaya atau ‘Light pillar’ itu telah menarik perhatian ramai penduduk dan menjadi tular di media sosial.

Berikut merupakan beberapa foto yang sempat digambar oleh penduduk yang ada melihat fenomena ini.

Umumnya, fenomena ini merupakan fenomena optik yang berlaku di atmosfera dengan suhu yang sangat sejuk ketika kristal ais rata terbentuk hampir dengan tanah. keadaan ini memantulkan cahaya semula jadi dan buatan dalam lajur yang memanjang ke langit. Dalam pada itu, kejadian ini dikatakan hanya berlaku ketika suasana berada dalam keadaan tenang dan sejuk.

Untuk makluman semua, kejadian fenomena ini bukanlah pertama kalinya berlaku. Namun, ianya suda pernah terjadi di Sabah pada tahun lalu iaitu pada tahun 2017. Menurut laporan The Star, pada 22 Jun 2017 fenomena ‘light pillar’ telah berlaku di Kudat sekitar pukul 9.00 malam.

Sumber : https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/22/rare-phenomenon-of-light-pillars-captured-in-kudat/

Bagi mereka yang melihat kejadian fenomena seperti ini merupakan suatu peluang yang sangat berharga kerana bukan semua orang berpeluang melihat fenomena alam yang sangat jarang berlaku terutamanya di negeri Sabah.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.