Take a fresh look at your lifestyle.

fakta menarik mengenai “SABAH”!

189

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sabah atau juga dikenali sebagai ‘Negeri di Bawah Bayu’ merupakan sebuah negeri yang unik dan kaya dengan pelbagai budaya, bahasa, adat dan banyak lagi. Sabah terletak di utara pulau Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia.

Bagi mereka yang ingin mengenali Sabah, terdapat beberapa fakta menarik yang perlu anda ketahui.

1.Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia.

2.Gunung Kinabalu merupakan kebanggaan rakyat Sabah.

3.Sabah kaya dengan bahasa unik.

Contoh :

-Bah : Ya

-Diurang : Mereka

-Bikin : Buat

-Ampai : Letak

-Siring : Tepi

-Endada : Tiada

-Mangkali : Mungkin

-Inda paya : Tidak perlu

-Tompinai : Kawan

-Sumandak : wanita

Menarik bukan? Hah… untuk pengetahuan semua masih banyak lagi perkataan-perkataan menarik yang ada di Sabah!

4. Sabah sudah sudah membangun

masih ada orang yang mengatakan bahawa rakyat sabah masih tinggal atas pokok? Huh?! untuk pengetahuan semua, Sabah kini sedang giat membanggun. Hah! di sini min mahu kongsikan pengalaman min semasa min masih menuntut pengajian di Universiti Malaysia Sabah.

Al kisahnya begini, min ada kenalan baru seorang perempuan (identiti di rahsiakan) berasal dari Semenanjung, Malaysia. Dia ada memberitahu min bahawa pada mulanya dia menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah, dia berasa hampa dan perkara pertama timbul di fikirannya ialah “masyarakat sabah tinggal atas pokok” “sabah masih mundur”. Sedih bukan? Namun, dia terpaksa menerima tawaran tersebut dan dengan keadaan terpaksa dia berhijrah ke Sabah. Setelah tiba, Dia begitu terhujah melihat keadaan di sabah. Dia membertahu min, Sabah bukan seperti yang dia bayangkan. Sabah merupakan negeri yang sangat indah. Ditambahkan lagi masyarakatnya yang peramah. Hah! perkara yang min tidak dapat lupakan hingga sekarang ialah apabila dia memberitahu min bahawa “Dia sepertinya hendak menetap di sabah dan dia ingin memberitahu kawan-kawannya yang berada di semenanjung mengenai keindahan serta kemajuan negeri sabah” !!

Get real time updates directly on you device, subscribe now.