Kes Covid-19 yang kian meningkat di Sabah telah menjadi perhatian banyak pihak termasuk pendakwah bebas yang berbangsa Cina, Ustaz Ebit Lew.
Ustaz Ebit Lew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew yang berasal dari Pahang merupakan pendakwah yang terkenal dan disegani ramai kerana sikapnya yang dermawan. Beliau telah membantu ramai orang tidak kira bangsa dan agama.
Pada 30 Oktober yang lalu, beliau telah menyumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

Pada 15 November yang lalu, sekali lagi telah menyumbangkan bantuan ke Sabah bagi membantu mereka yang memerlukan. Beliau telah meluahkan rasa sayunya menerusi satu posting beliau di Facebook semasa melihat bantuan yang dihantar oleh Team sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di Sabah baru-baru ini.

“Barang dihantar ke 10 daerah di sana. Dengar perjalanan dan susah payah nak menyampaikan bantuan. Sayu hati rasa. Tengok adik kecil yang ambil barang bantuan rasa sayu. Lihat jambatan, jalan dan rumah terus rasa nak menangis. Jauhnya beza kehidupan. Ujian hidup.” katanya lagi.
Diharapkan bantuan yang disalurkan dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat pandemik covid-19 ini.