Take a fresh look at your lifestyle.

Drama Korea ‘Start-up’ memetik daerah Kota Kinabalu..

1,118

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Start-up merupakan satu drama Korea yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini. Mereka yang meminati K-drama pasti tidak asing dengan drama Korea tersebut. Drama ini mempunyai rating yang tinggi semenjak episode pertama yang ditayangkan pada 17 Oktober yang lalu.

Drama yang dibintangi barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Bae Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho dan Kang Han-na ini menceritakan tentang usahawan-usahawan muda yang bersaing dalam industri teknologi tinggi di Korea. Start-up mengisahkan  bagaimana usahawan-usahawan muda ini mengambil risiko untuk mencapai impian melalui program yang dikenali sebagai Sandbox.

Namun, apa yang menarik perhatian peminat K-drama ini apabila Kota Kinabalu disebut dalam satu episode drama tersebut. Lee Cheol San (Yoo Soo-bin) yang merupakan rakan baik kepada Nam Do San (Nam Joo-hyuk) telah memetik nama “Kota Kinabalu”.

Cheol San berkata “Saya mempunyai ‘maesaengi farm’ dan pemandangan pantai di sana tidak dapat dibandingkan dengan Kota Kinabalu dan Santorini”

Para netizen, terutamanya rakyat Sabah berbangga kerana “Kota Kinabalu” dipetik dalam drama ini dan beranggapan Kota Kinabalu dipromosi secara tidak langsung. Kota Kinabalu, Sabah semestinya tidak asing lagi menjadi satu lokasi percutian yang digemari oleh rakyat Korea dan Cina.

Drama Start-up yang mempunyai 16 episodes ini boleh ditonton melalui Netflix.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.