Take a fresh look at your lifestyle.

Masalah Air? Cara Mencari Mata Air Bawah Tanah

52

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pada artikel kali ini, admin ingin kongsi cara mencari mata air bawah tanah. Admin masih ingat lagi waktu kecil dulu sewaktu berada di kampung, datuk nenek admin pernah menggunakan cara mencari mata air bawah tanah ini. Sebenarnya admin pun tidak tahu banyak mengenai hal ini, cuma sewaktu kecil dulu admin waktu ingat zaman itu (sekitar tahun 1996), masalah air berlaku akibat kemarau dan orang kampung pada ketika itu mencari jalan untuk mencari air mata air untuk menggali perigi khas untuk mandi.

Mungkin kita pada masa kini kita sedikit beruntung kerana kini terdapat sumber bekalan air yang bersih, walaupun admin tahu masih ada kawasan yang masih mempunyai masalah bekalan air.
Kita tidak boleh nafikan, air merupakan keperluan yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa bekalan air yang cukup, kehidupan harian kita akan terganggu begitu juga emosi kita. Hanya mereka yang pernah merasakan sahaja bagaimana deritanya mandi dengan air botol yang dibeli di kedai runcit. Mungkin salah satu pilihan yang ada dengan membuat perigi seperti zaman sebelum ini.

Menurut wikipedia, “Mata air mungkin disebabkan oleh topografi karst di mana air permukaan telah meresap masuk ke permukaan Bumi (kawasan imbuh), menjadi sebahagian daripada kawasan air bawah tanah. Air bawah tanah kemudian mengembara melalui rangkaian retakan dan celah bukaan dari ruang intergranular ke gua-gua besar. Air akhirnya muncul dari bawah permukaan, dalam bentuk mata air karst.”.

 

cara mencari mata air bawah tanah menggunakan kaedah Dowsing

Dowsing merupakan kaedah manual yang popular dilakukan bagi mengesan aliran air di dalam tanah. Alat yang digunakan dinamakan sebagai Dowsing Rod.
Dalam bahasa Jerman kuno, Dowsing bermaksud mencari dan menemui. Antara alat dowsing yang biasa digunakan iaitu alat berbentuk Y dan alat seperti huruf L .
Jika kita fikirkan secara logik, ianya adalah sangat sulit untuk kita fahami. Bahkan ada yang menganggap kaedah ini adalah mistik dan misteri.

Namun, kita tidak dapat nafikan kaedah ini merupakan kaedah yang mudah digunakan dan dan juga sederhana berbanding menggunakan alat modern yang mungkin mempunyai fungsi yang sama.

Ada beberapa video di youtube yang admin rasa korang boleh tengok yang mungkin berkaitan :

 

 

 

Admin berharap, dengan mempelajari cara mencari mata air bawah tanah ini, memberi idea kepada anda semua bagaimana cara menyelesaikan masalah air yang sering berlaku termasuk di tempat admin sekali manatau boleh bikin perigi di belakang rumah lepas ini kan.
a

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.