Take a fresh look at your lifestyle.

BENGKEL HAKCIPTA, BIKIN LAGU & MUZIK VIDEO DI SABAH

35

Get real time updates directly on you device, subscribe now.


Kota Kinabalu, 24 Julai – Luncai Emas dengan kerjasama FINAS, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Sabah (JKKN) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) telah menganjurkan Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Muzik Video kepada hampir 300 peserta yang terdiri daripada kalangan warga industri kreatif negara di Kompleks JKKN, Penampang.
Para peserta yang menyertai bengkel ini didedahkan dengan potensi kerjaya sebagai pemuzik, komposer dan penulis lirik. Selain itu peserta turut diberi penerangan berkaitan kepentingan mendaftar dan menguruskan harta intelek (IP), hakcipta dan tuntutan royalti. Turut disentuh adalah aspek penerbitan muzik video untuk lagu serta kesinambungannya dalam mesej sesebuah filem atau TV.
Tenaga pengajar yang dijemput bagi berkongsi berkaitan program ini adalah Dato’ (Dr) M. Nasir yang juga merupakan penyanyi, komposer, penerbit, penulis skrip Negara, En. Keon Omar, pengarah produksi & penulis lirik, Pn. Jennifah Johari, pengarah & pengurus hakcipta, En. Sham Amir Hussain, penulis lirik, dan Abdul Razak Kassim, pensyarah perfileman.
Sumber : http://www.finas.gov.my/en/bengkel-hakcipta-bikin-lagu-muzik-video-di-sabah/

Get real time updates directly on you device, subscribe now.