Take a fresh look at your lifestyle.

BANTUAN KHAS RM500

220

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA)

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Tambahan RM500 Untuk B40 dan Penerima BPR melalui program PEMERKASA.

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA telah diperkenalkan sebentar tadi bagi membantu golongan B40 yang masih terjejas ketika PKP ini yang berumur 21 hingga 60 tahun.

Bantuan Khas (tambahan) RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan punca pendapatan.

Kerajaan juga mengumumkan kenaikan Bantuan Kredit eWallet RM150 daripada RM100 sebelum ini.

Antara syarat kelayakannya untuk menerima bantuan tambahan RM500 ini adalah:

  1. Rakyat Malaysia yang berumur berumur 21 hingga 60 tahun
  2. Terdiri daripada golongan B40
  3. Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah atau
  4. Kehilangan punca pendapatan

Untuk bantuan ini, tiada proses permohonan dan pendaftaran perlu dibuat.

Sebaliknya kerajaan akan membuat pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.

Mereka yang layak akan mulai menerima pembayaran bermula Jun 2021 yang akan dimasukkan ke akaun masing-masing.

Boleh follow di Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapatkan lebih banyak bantuan kerajaan.

Sumber : https://jawatanmalaysia.net/pemerkasa-bantuan-rm500-b40/

Get real time updates directly on you device, subscribe now.