Take a fresh look at your lifestyle.

Awal & Scha dikecam sambut Krismas, ini jawapan Awal.

115

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pada 25hb Disember yang lalu, selebriti tanah air Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah menghadiri sambutan Krismas yang diadakan oleh kenalan mereka.

Awal Ashaari telah memuat naik foto mereka sekeluarga iaitu Scha Alyahya serta anak mereka, Lara Alana bersama ‘pokok krismas’ dan mengenakan tema baju tidur semasa menghadiri undangan tersebut.

Namun, disebalik foto tersebut, beliau dan keluarga telah dikecam dan mendapat pelbagai kata-kata negatif dari netizen. Para netizen beranggapan bahawa tindakan Awal dan keluarganya menyambut perayaan penganut agama lain adalah tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Selepas menerima kecaman dari netizen, Awal telah tampil memberi penjelasan mengenai foto sambutan Krismas yang beliau muat naik di Instagram tersebut.

“Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya non-muslim yang menyambut Krismas.”

beliau berkata lagi, sebagai kawan pasti akan mendapat jemputan utnuk menziarahi satu sama lain sama seperti Hari Raya dan lain-lain.

“Orang Kristian pun respect agama kita. Diorang selalunya beli makanan kat restoran halal so that kita rasa selesa. Diorang tak minum pun depan kita sebab hormat” tambah beliau lagi.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.