Take a fresh look at your lifestyle.

Asteroid sebesar Burj Khalifah akan melintasi bumi Ahad ini.

288

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Asteroid setinggi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa iaitu 828 meter bakal merempuh Bumi pada ahad ini, 29 November 2020 menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).

photo credit : JPL small-body Database

Asteroid yang diberi nama 153201 2000 WO107 itu sedang bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam diramal bakal melintasi bumi pada Ahad ini. Walaubagaimanapun, Asteroid Menghampiri Bumi atau Near-Earth Object (NEO) ini  berkemungkinan tidak akan melanggar bumi.

Kejadian asteroid melintasi bumi ini bukanlah yang pertama kali berlaku kerana pada 29 November 2000, asteroid yang sama juga telah dikenalpasti oleh saintis Mexico.

Kehadiran asteroid yang dijangka akan berlaku pada 10.09 pagi waktu Greenwich pada ahad ini membuka peluang kepada para saintis untuk mengkaji objek tersebut dengan lebih dekat.

Asteroid ini mempunyai jarak 0.02876 batu astronomi dari bumi. Jarak tersebut dikatakan sangat hampir namun ia bersamaan dengan 4.3 juta kilometer dari Bumi.

Apa sebenarnya Asteroid ini?
Asteroid merupakan satu objek atau batu tanpa udara yang terhasil daripada kesan pembentukan sistem suria 4 billion tahun yang lalu. Para astronomi juga berkata, lebih 2,000 asteroid, komet dan objek lain dijangka akan menjadi ancaman kepada Bumi di masa akan datang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.