Take a fresh look at your lifestyle.

PADANG PASIR BERSALJI? DIANGGAP SEBAGAI FENOMENA LUAR BIASA

88

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Padang pasir bersalji? Dianggap sebagai fenomena luar biasa? Selalunya kita beranggapan bahawa negara Arab ini merupakan negara berpadang pasir yang hanya mengalami cuaca panas. Apabila negara ini dilanda musim salji secara tiba-tiba, sudah semestinya kita akan berfikir perkara ini sangat aneh dan ramai yang beranggapan kiamat sudah hampir tiba.

Situasi yang berlaku di negara Arab ini menjadi bualan masyarakat dan dianggap sebagai satu fenomena yang luar biasa. Terbaru, gunung di Arab Saudi, Jabal Al-Lawz, Tabuk telah diselaputi salji sejak beberapa hari lalu. Hal ini terjadi ketika gunung setinggi 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda hujan dan cuaca sejuk melampau.

Every year, snowfall brings tourists from across the Kingdom to Tabuk, and while the COVID-19 pandemic will mean fewer visitors than usual this year, some people still drove from as far as Qatar to capture the snow on camera. (SPA)
https://www.arabnews.com/node/1996506/saudi-arabia

 

Seorang warga Qatar muncul dalam klip video di Twitter dari Jabal Al-Lawz, di mana dia berkata: “Rakyat kami di Qatar tidak percaya bahawa pemandangan salji yang mempesonakan wujud di sini.”

Seorang rakyat Malaysia, Masnira Ramli telah berkongsi sedikit info tentang kejadian musim salji memandangkan dia menetap di negara Arab. Menurut Manira, Arab Saudi ialah negara terbesar dan mempunyai banyak bentuk muka bumi.

Dari sudut geografi, ia adalah seperti berikut:

1. Gurun (padang pasir)

gurun di Australia
https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5721800/begini-alasan-keberadaan-gurun-di-australia

 

Bentuk muka bumi ini biasa dilihat semasa berkunjung ke Makkah, Madinah dan Jeddah. Apabila musim panas, keadaan ini boleh mencecah suhu sampai 50 darjah celsius.

2. Tanah tinggi

TANAH TINGGI | GEOGRAFI TINGKATAN 1
https://www.google.com/search?q=tanah+tinggi+&tbm=isch&ved=2ahUKEwjO5erXoqH1AhWn_DgGHZVWBqMQ2-cCegQIABAA&oq=tanah+tinggi+&gs_lcp=CgNpbWcQAzIHCCMQ7wMQJzIHCCMQ7wMQJzIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQgAEIAEUO4QWO4QYMYSaABwAHgAgAFaiAGvAZIBATKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=wwzZYY54p_nj4Q-VrZmYCg&bih=694&biw=822&rlz=1C1VDKB_enMY945MY945&hl=en-GB#imgrc=n3NQ_Ukc-V1-zM

Tanah tinggi terletak di bahagian utara Arab Saudi yang dikenali sebagai wilayah Tabuk, iaitu berdekatan negara Jordan. Di sana, kawasan yang dituruni salji ini dinamakan Jabal Al-Lawz. Memandangkan ia adalah kawasan tanah tinggi, suhu minimum pada musim sejuk boleh mencecah sehingga -10 darjah celsius!

3. Oasis

Oasis - Wikipedia
https://www.google.com/search?q=oasis&rlz=1C1VDKB_enMY945MY945&sxsrf=AOaemvL4DnUFRy1dTHC7eGYPvrnGEecaAg:1641614915390&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiZ3o6PpKH1AhUKzzgGHXKlADwQ_AUoAXoECAMQAw&biw=839&bih=711&dpr=1.25#imgrc=fuo8YTrPmvjjvM

Arab Saudi juga dianugerahkan dengan kawasan yang subur dan kaya dengan hasil pertanian yang dipanggil sebagai oasis. Suhunya lebih kurang saja dengan suhu Malaysia dan panoramanya lebih menghijau, mempunyai sungai dan air terjun.

4. Persisiran Pantai

PrayForMalaysia  on Twitter: "Persisiran Pantai Cherating pun dah cukup cantik. Jangan di tanya Pulau Ular lawa ke tidak https://t.co/DCmuoh9vaE" / Twitter
https://www.google.com/search?q=persisiran+pantai&tbm=isch&ved=2ahUKEwivsKGQpKH1AhX2CrcAHf6JB_EQ2-cCegQIABAA&oq=persisiran+pantai&gs_lcp=CgNpbWcQAzIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABDIGCAAQBRAeMgYIABAFEB4yBggAEAUQHjIECAAQGDIECAAQGDIECAAQGDIECAAQGDoHCCMQ7wMQJzoECAAQQzoICAAQgAQQsQM6BQgAELEDOggIABCxAxCDAToHCAAQsQMQQzoLCAAQgAQQsQMQgwE6BwgAEIAEEAo6BggAEAoQGFCiEViAKmDLLmgAcAB4AIABWogBtguSAQIxOJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img&ei=RQ7ZYe_5L_aV3LUP_pOeiA8&bih=711&biw=839&rlz=1C1VDKB_enMY945MY945#imgrc=i9bKNYnMJL7tkM

Arab Saudi juga mempunyai kawasan persisiran pantai yang sangat cantik. Kalau ke sana, kita akan melawat Jeddah. Namun, ada satu lokasi yang dikenali sebagai Umluj dan diberikan nama ‘Maldives Arab Saudi’ kerana terdapat pulau-pulau yang mempersonakan.

 

Berbalik kepada fenomena yang masyarakat anggap luar biasa iaitu turunnya salji di Arab Saudi. Lokasi tersebut merangkumi kawasan sejauh 1,000 kilometer atau lebih kurang 12 jam memandu. Oleh itu, jelaslah bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di Arab Saudi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.