Take a fresh look at your lifestyle.

“ ANAK SABAH MENCATAT NAMA SEBAGAI JUARA (ELICA PAUJIN) DAN NAIB JUARA (DANIAL CHUER) BIG STAGE MUSIM KE-4”

22

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Setelah 8 minggu bersaing dalam pentas yang sama, Elica Paujin @ Angelica paujin yang berasal dari Tambunan ,Sabah  dan Danial Chuer @ Danial Chuer Hamsiah berasal dari Tawau, Sabah telah dinobatkan sebagai Juara dan Naib Juara Big Stage musim yang ke-4 pada tahun 2022.

 

 

Sumber diambil daripada Instagram :

@erasabah https://www.instagram.com/p/CbnUtLbp8H7/?utm_medium=copy_link

@danialchuer https://www.instagram.com/p/CbptT7WPR0c/?utm_medium=copy_link

Pada awalnya, Elica Paujin telah memberi persembahan yang terbaik dan mendapat kedudukan antara yang tertinggi dalam carta. Akan tetapi pada 2 minggu sebelum final, Elica berada di kedudukan tiga terbawah.  Elica mengakui bahwa memang dia merasa yang jiwanya ‘kacau’ dan ‘down’ sedikit. Tetapi itu bukanlah alasan Elica untuk mengalah.

Di konsert akhir Big Stage, Elica bangkit semula dengan memberi persembahan yang sangat luar biasa dengan membawa dua buah lagu yang begitu power iaitu Cinta ( Marsha Milan Londoh ) dan Believer ( Imagine Dragons ) duet bersama Hael Husaini. Persembahan Elica telah memukau para juri dan juga penonton serta diberi pujian dan markah yang tinggi buat Elica. Dengan itu, rezeki kemenangan berpihak kepada Elica dan beliau akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi dari hasil kejayaannya. 

“Syukur kepada Tuhan atas rezeki yang dia bagi saya and i want to say thank you so much to Abang Ajai,Dato Siti ,Abang Aliff kerana bagi banyak input sama Elica sepanjang  saya berada di BigStage and also Kak Aina , Kak Lina , Dato Vida thank you so much and thank you so much juga kepada fans semua yang support every week datang . And thank you to my parents yang datang jauh and thank you so much astro untuk bagi saya peluang untuk join BigStage. “ kata Elica.

Danial Chuer diisytiharkan sebagai naib juara dan menerima ganjaran wang tunai RM50,000. Beliau membawa lagu Hilang Naluri ( Once ) dan Still Love You ( Lee Hong Gi ,Yoo Hwe Seung ) iaitu digandingkan dengan Shila Amzah. 

 

 

 

Diruangan komen mereka dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan artis dan juga para peminat mereka.

 

 

 

Sumber diambil daripada Instagram :

@erasabah https://www.instagram.com/p/CbnUtLbp8H7/?utm_medium=copy_link

@danialchuer https://www.instagram.com/p/CbptT7WPR0c/?utm_medium=copy_link  

 

MARKAH PENUH PESERTA AKHIR BIG STAGE ( MUSIM KE-4)

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.