Take a fresh look at your lifestyle.

Alif Aziz pulang ke pangkuan isteri, Bella Astillah.

241

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Setelah hampir 2 tahun berada di Singapura bersama keluarganya dan tidak dapat pulang ke Malaysia semenjak dunia dilanda wabak Covid-19, akhirnya Alif Aziz pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Isterinya, Bella Astillah dan anak-anak mereka.

Alif Aziz, 29, merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura. Pelakon dan penyanyi yang aktif di Malaysia ini telah pulang ke Singapura selepas terpalit beberapa kontroversi termasuk hal rumah tangganya bersama Bella Astillah, 26.

Alif Aziz dan Bella Astillah telah berkahwin sejak 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean. Namun, pada 2019, pasangan ini telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Namun, pada April tahun ini, Bella telah mengesahkan yang beliau telah merujuk kembali dengan Alif Aziz semasa dalam tempoh iddah pada 2019.  Pada 18 Julai tahun ini, Bella dan Alif dikurniakan anak perempuan.

Bella terpaksa bersalin tanpa suami disisi kerana sempadan Malaysia-Singapura yang ditutup akibat pandemik yang melanda seluruh dunia.

Melalui insta story Alif, beliau mengatakan yang beliau  akan ke Malaysia untuk bertemu isteri dan anak-anaknya setelah 2 tahun terpisah.

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.