Take a fresh look at your lifestyle.

Peningkatan Kes Covid Di Sabah,Aeril Zafrel Hulurkan Bantuan?

634

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Pada 20hb Oktober 2020, pelakon dan model lelaki terkenal tanah air, Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Bin Sunari, 32, berhasrat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Sabah yang terjejas dengan pandemik ini. Melalui satu posting beliau di Instagram berkata “orang Sabah yang terkesan dengan covid, zon merah terutamanya yang memerlukan bantuan sila dm sekarang”.

Bagi rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya yang berada di zon merah dialu-alukan untuk menghubungi beliau di Instagram melalui “Direct Message”. Selain itu, artis-artis tempatan yang lain juga memberikan pandangan yang positif terhadap inisiatif yang dilakukan oleh beliau. Semoga bantuan-bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

Photo Credit: @Aeril_Zafrel

Aeril Zafrel telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal, 29 yang juga merupakan seorang pelakon kelahiran Sabah pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya, 10 bulan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.