Take a fresh look at your lifestyle.

Ada Idea Bisnes? Menang RM20,000! Pitchborneo 2021

82

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Adakah anda mempunyai idea bisnes? Tidak kisah anda sudah mulakan bisnes anda ataupun masih dalam bentuk idea?

Khas untuk orang Sabah, admin syorkan anda untuk sertai satu pertandingan “pitch” idea bisnes anda dan 10 idea terbaik akan berpeluang untuk mendapat geran dana sebanyak RM20,000! Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Pitchborneo?

Apa itu Pitchborneo? 
PitchBorneo merupakan satu pertandingan terbuka kepada usahawan baru ataupun lama bagi membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea yang terbaik berpeluang untuk memenangi RM20,000.00! PitchBorneo yang dahulunya dikenali sebagai Sabah Got Ideas (SIG) ini merupakan anjuran SATA bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).

Jika sebelum ini, aktiviti pitchborneo akan berlangsung selama 2 hari di 4 daerah terpilih setiap tahun dan mengumpulkan hampir 30 idea bisnes di setiap daerah. Namun disebabkan, pendemik Covid19 ini kini program pitchborneo untuk tahun 2021 ini dijalankan sepenuhnya secara online dan kini dipecahkan kepada 4 zon.

Untuk pitchborneo 2021, akan dipecahkan kepada 4 zon iaitu :

Zon Pendalaman : 9 – 18 Julai 2021 (secara online)
Zon Pantai Barat : 6 – 15 Ogos 2021 (secara online)
Zon Pantai Timur : 3 – 12 Sept 2021 (secara online)
Zon Utara : 8 – 17 Okt 2021 (secara online)

State Final : 13 – 21 Nov 2021 (secara online)

Tema pitchborneo 2021 adalah Proof Pandemic & Artisan Edition, bukan hanya setakat pertandingan biasa, para peserta akan mengikuti bengkel online selama 10 hari dan dibantu oleh mentor-mentor berpengalaman.

Berminat, bagaimana cara untuk mendaftar?
Pitchborneo 2021 kini dibuka!
Untuk info lanjut mengenai program ini, anda boleh berkunjung ke laman rasmi pitchborneo.

Layari,
www.pitchborneo.com

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.