Take a fresh look at your lifestyle.

5 tempat lepak ‘sunset’ di KK

473

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Kalau suda bosan mau pigi shopping mall, apa kata kamurang lepak-lepak di tempat yang menarik macam ni yang ada di KK.

Ramai orang  sangka untuk ke tempat-tempat macam ni perlu bayaran yang mahal atau perlu menginap di hotel-hotel tersebut. Namun, kita boleh pigi ke tempat-tempat ini tanpa perlu membayar atau menginap di hotel tersebut.

5. Sky Blu Bar @ Grandis Hotel 

Sky Blu Bar ini terletak bersebelahan dengan Suria Sabah Shopping Mall jadi kamurang yang dari shopping boleh terus ke Grandis Hotel untuk menikmati sunset. Orang ramai boleh menikmati pemandangan laut kerana Sky Blu Bar ini terletak menghadap ke Laut China Selatan.

Di Sky Blu Bar ni juga kamurang buli dengar lagu-lagu yang dimainkan secara langsung sambil menikmati soft drinks. Selain itu, mereka yang ‘craving’ shabu shabu dengan harga yang berpatutan juga boleh didapati di sini. Jadi tunggu apa lagi? jom serbu Grandis Hotel!

4. Stylo Rooftop Bar, Kota Kinabalu Marriot Hotel

Hotel yang bertaraf 5 bintang ini mempunyai rooftop bar yang amat popular dan cantik untuk begambar pada waktu sunset sambil tengok laut. Boleh pilih untuk begambar indoor atau outdoor. Makan roti canai / roti telur dengan free teh tarik hanya RM 15 sahaja ya!! apa lagi jom serbu Marriot Hotel, tingkat 15 start jam 4pm smpai 10 pm.

3. Horizons Sky Bar @ Sutera Harbour 

Horizons Sky Bar yang terletak di Pacific Sutera Hotel, Tingkat 12. Di sini kamurang boleh tengok sunset, tengok laut dan pemandangan waktu malam pun best. Masuk free ja ya!

Boleh menikmati pemandangan sambil minum soft drinks atau makan-makan~ Bukan itu ja, setiap hari rabu dorang ada “Ladies Night” dan dapat free minuman. Untuk makluman lanjut buli tgk Facebook Horizon Sky Bar & Cigar Lounge.

4. Tamu Bar @ Toojou

satu lagi tempat menarik kamu mau pergi adalah Tamu Bar @ Toojou. Ini terletak dekat bandaran KK. Nampak kecil ja tapi hotel yang menarik dan cantik untuk pegi. Harga pun sangat murah.

Kalau kamu tidak mau menginap, boleh pegi tamu bar dorang. Dapat tgk sunset juga dan pemandangan KK city sambil minum air kelapa. Main game sini pun buli. Best untuk remaja-remaja yang mau lepak-lepak.

 

5. Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa Sunset Bar 

Sunset bar ni memang tidak lagi asing. Sunset bar yang paling popular dan menjadi tarikan pelancong. Memang cantik dan bar terletak tepi pantai dan boleh tengok sunset yang menakjubkan pada waktu petang. Memang puas hati untuk ‘sunset lovers’

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.