Take a fresh look at your lifestyle.

5 jalan bikin takut di Sabah…

1,753

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sabahan atau tidak, mereka yang pernah melalui jalan-jalan ini pasti tahu kisah misterinya. Berikut merupakan 5 jalan yang menyeramkan mengikut cerita orang ramai.

5. Jalan Kota Kinabalu – Tambunan

Kisah misteri jalan KK – Tambunan ini dipetik daripada seorang blogger yang bernama Cyusrie, menurut beliau ada 3 tempat yang paling seram semasa beliau melalui jalan KK – Tambunan ; Selekoh sebelum gunung emas, kawasan lapang selepas gunung alab dan kawasan lapang berhampiran tandas lama dan bus stop.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika beliau pulang ke Tambunan pada waktu malam dan perkara misteri tersebut bukan hanya berlaku sekali tapi berkali-kali di 3 kawasan yang berbeza dan berhampiran.

Di selekoh sebelum gunung emas, beliau pernah terhidu bau bangkai busuk sepanjang jalan sehingga terpaksa membuka tingkap kereta kerana tidak tahan dengan bau tersebut. Selain itu, beliau juga pernah terhidu bau namun bukan berbau busuk tapi bau wangian bunga di tempat yang berhampiran iaitu kawasan bukit.

4. Jalan Kota Belud – Ranau

Menurut satu cerita, mereka menggunakan jalan shortcut melalui Kota Belud untuk ke Ranau. Pada awalnya, perjalanan mereka dari KB – Ranau agak tenang sehingga mereka melalui kawasan berbukit.

Kereta mereka tiba-tiba bergerak agak perlahan dan terhenti. Setelah membaca beberapa doa barulah enjin kereta mereka dapat dihidupkan semua.

3. Jalan Ranau – Kota Kinabalu

Kejadian berlaku semasa 4 sekawan sedang dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Semada dalam perjalanan pulang berhampiran kawasan Bundu Tuhan, mereka terdengar suara perempuan mengilai di atas bumbung kereta mereka.

Pada mulanya suara tersebut agak jauh namun lama kelamaan suara tersebut semakit hampir dengan mereka. Mereka juga dapat merasakan sesuatu berada di atas bumbung kereta mereka namun hanya mampu berdiam sahaja.

Mereka percaya bahawa mahluk tersebut ialah miss ponti yang kebetulan berada di tempat tersebut. Selepas melalui kawasan perkampungan, suara tersebut terus hilang dan mereka meneruskan perjalanan seperti biasa.

4. Jalan Tenom – Sepitang

Jalan Tenom – Sepitang boleh dikatakan agak seram dan sunyi kerana ketiadaan kawasan perkampungan sepanjang perjalanan tersebut. Mengikut cerita orang ramai, jalan ini agak sunyi dan mereka sentiasa merasakan sedang diperhati semasa melalui jalan tersebut.

Ada pihak mengatakan kadang kala semasa melalui jalan ini, beliau merasa seperti tidak sampai-sampai ke kawasan yang dituju.

Mengikut cerita orang lagi, bukit Layang-layang yang berada di Tenom dikatakan kawasan mahkluk ‘bunian’ dan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati melalui kawasan ini.

5. Jalan di Bukit Melingsung, Papar

Jalan ini merupakan antara jalan yang sangat seram di Sabah. Mengikut cerita seseorang yang pernah melalui jalan tersebut pada pukul 4 pagi, beliau melihat seseorang di kawasan bukit Melingsung tersebut sedang melambai-lambaikan tangannya sebagai ‘signal’ untuk meminta beliau berhenti.

Namun, semasa menghampiri ‘orang’ itu, beliau tersedar yang ‘orang’ tersebut tidak mempunyai tangan dan wajahnya tidak kelihatan.

Bukan itu sahaja, tempat ini juga merupakan kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya hingga membawa maut.

6. Orang yang tidak pandai bayar hutang 

Yang ini paling seram. Orang bilang mereka ini paling sukar dijumpai dan sering hilang ketika ditagih bayar hutang. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan mereka dan sentiasa berhati-hati agar tidak tertipu dengan helah mereka. he he he … jangan lupa tag itu urang..

Get real time updates directly on you device, subscribe now.