Take a fresh look at your lifestyle.

5 Fakta Mengenai iPhone 12 Yang Baru Dilancarkan!

396

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sudah tentu ini merupakan berita gembira kepada penggemar iPhone apabila malam tadi, Apple telah melancarkan model terbaru iphone iaitu iPhone 12.

Berikut merupakan 5 fakta info mengenai iPhone 12 yang anda perlu ketahui sebelum anda bercadang untuk mendapatkannya.

 


1. Keupayaan Jaringan 5G

Apa yang pasti, model terbaru iPhone 12 ini kini dilengkapi dengan keupayaan jaringan 5G. Keupayaan teknologi 5G mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi 10 – 100 kali ganda berbanding teknologi 4G.

 

 


2. 4 Jenis Variasi iPhone 12

iPhone 12 terdiri dari empat variasi iaitu :

  • iPhone 12
  • iPhone 12 Mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max

iphone 12 mini lebih kecil iaitu saiz skrin 5.4 inci tetapi mempunyai spesifikasi yang sama dengan iPhone 12.

 

3. iPhone 12 Dilengkapi dengan “”ceramic shield”

iPhone 12 kini dilengkapi dengan Ceramic Shield  yang dikatakan menjadikan skrinnya akan lebih tahan lasak.

 

4. iPhone 12 Pro Max, Saiz Terbesar

Untuk mereka yang sukakan iphone 12 skrin yang lebih besar, iPhone 12 Pro Max hadir dengan saiz skrin 6.7 inci dan mempunyai tiga lensa kamera belakang.

 

5. Anggaran Senarai Harga iPhone 12

Berikut adalah anggaran jangkaan harga iPhone 12 di Malaysia mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

iPhone 12 Mini – RM3,399

iPhone 12 – RM3,899

iPhone 12 Pro – RM4,899

iPhone 12 Pro Max – RM5,299

 

Baiklah itu adalah sedikit sebanyak info mengenai iPhone 12 yang baru dilancarkan, anda boleh layari laman web rasmi mereka untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai iPhone 12 ini termasuk update terbaru daripada pihak Apple.
https://www.apple.com/my/iphone-12/

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.