Take a fresh look at your lifestyle.

5 destinasi eko pelancongan yang menarik di Sabah

94

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

 

Keindahan flora-dan fauna di Sabah semestinya tidak asing lagi bagi kita semua. Selain daripada keindahan semula jadi yang santik dan indah, Sabah juga terkenal dengan negeri yang terdiri daripada kaum, bahasa, serta budaya- budaya yang unik. Perkara ini juga mampu menarik minat pelancong untuk menerokai Sabah dengan lebih mendalam. Oleh itu, terdapat beberapa destinasi menarik di Sabah yang boleh dijadikan tempat untung melancong selepas berakhirnya PKP

 

  1. Polumpung Melangkap Camp Site, Kota Belud

Polumpung melangkap camp site sememang tidak asing lagi kepada penduduk di sekitar Kota Belud. Masa yang dianggarkan adalah selama 1.5 jam dengan menggunakan pacuan empat roda dari Kota Kinabalu ke destinasi ini.

Tempat ini terkenal dengan pemandangan yang indah yang berlatarkan Gunung Kinabalu dan air sungai yang mengalir dengan jernih dan deras. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang ingin berkhemah. Kemudahan-kemudahan seperti tandas, air bersih, tempat untuk memasak, khemah dan pondok juga turut disediakan bagi mereka yang berminat untuk bersantai-santai di sini.

Pastikan anda tidak lupa untuk membawa baju panas lebih kerana suhu persekitaran di sini sangat sejuk terutamanya pada waktu malam!

 

Pemandangan pada waktu siang

 

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung

 

  1. Gunung Kinabalu.

Pasti ramai di antara kamu semua yang telah memasang niat untuk mendaki Gunung Kinabalu bukan? Gunung Kinabalu sememangnya terkenal sebagai lambang kebesaran di Sabah. Gunung ini juga merupakan gunung yang tertinggi sekali di Pulau Borneo iaitu setinggi 4095 meter.

Anda juga boleh mengambil pakej-pakej tertentu yang telah disediakan untuk pendakian dan tempat tinggal. Keistimewaan tempat ini adalah suasana persekitaran yang indah dan udara yang sejuk dan nyaman iaitu bersuhu 14 darjah Celsius.

Di puncak Gunung Kinabalu juga boleh mencapai sehingga 0 darjah Celsius. Sejuk bukan?! Jadi, jangan kamurang lupa membawa jaket tebal kio!

Gunung Kinabalu yang digambar pada waktu pagi

 

Pakej yang telah disediakan bagi pendaki Gunung Kinabalu

  1. Desa Dairy Farm

Desa Dairy Farm merupakan ladang tenusu yang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang bertempat di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang. Persekitaran ladang tenusu ini membuatkan pelawat seolah- olah berada di New Zealand.

Destinasi ini terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu dan dianggarkan selama 3 jam untuk sampai ke destinasi ini dari Kota Kinabalu. Destinasi ini merupakan salah satu pilihan utama pelancong kerana pemandangan indah serta suhu persekitaran yang nyaman dan sejuk terutamanya pada waktu malam.

Pelawat yang berkunjung ke sini boleh menikmati produk segar dari Desa Farm itu sendiri seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato. Sadap bei!

Salah satu produk yang boleh dibeli di Desa Dairy Farm

 

Desa Dairy Farm

  1. Pulau Sipadan

Pulau Mabul yang terletak di Semporna merupakan destinasi pelancongan diiktirafkan sebagai salah satu tapak untuk menyelam yang terbaik dalam dunia. Destinasi pelancongan ini setanding dengan Pulau Maldives di luar negara kerana keindahan persekitaran yang mampu membuatkan kita terpesona.

Destinasi ini lebih sesuai kepada mereka yang ingin mencuba untuk menyelam. Menyelam permukaan merupakan salah satu aktiviti yang kerap dilakukan oleh pengunjung untuk memerhati kehidupan alam semula jadi di lautan dan secara tidak langsung, memberikan kenangan yang sangat indah kepada mereka.

 

Pemandang indah di Pulau Sipadan

  1. Kolam Air Panas Poring

Bagi penduduk di sekitar Ranau, tempat ini tidaklah asing bagi mereka. Bagi mereka yang berminat untuk melancong di kawasan Ranau, Kolam Air Panas merupakan salah satu destinasi yang boleh dipilih oleh mereka.

Sebenarnya, Poring Hotspring bukanlah sekadar bermandi- manda di kolam air panas tetapi ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong seperti berjalan melalui Poring Canopy Walk untuk menikmati khazanah alam yang indah dan tidak ternilai harganya.

Pengunjung juga boleh bermandi-mandi di air terjun, mengunjungi tapak bunga rafflesia, taman rama-rama, gua kelawar dan banyak lagi.

Kolam Air Panas di Poring

Gua Kelawar yang boleh dilawati di Poring

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.