Take a fresh look at your lifestyle.

4 Makanan unik yang paling digemari di SABAH ! Mesti mau cuba ni Sabahan .. …

276

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sabah sememangya terkenal dengan kepelbagaian budaya dan adat istiadat yang beragam, oleh itu tidak hairan apabila terdapat bermacam-macam jenis makanan yang unik dari masing-masing etnik di sabah ini. Namun tahuka anda, bahawa terdapat 4 makanan unik yang paling terkenal dan wajib anda cuba di sabah?

Jom sama-sama membaca tentang 4 daripada pelbagai makanan unik yang amat digemari di Sabah ni.

1. Hinava

Hinava juga turut dikenali sebagai Hinava Ginapan. Ia merupakan salah satu makanan tradisional bagi penduduk Sabah. Makanan tradisi ini mulai dikenali daripada suku kaum Kadazan-Dusun yang sememangya kaya dengan pelbagai lagi makanan tradisi lainnya.

Hinava merupakan antara makanan tradisi Kadazan-Dusun yang paling popular dan digemari ramai.

Untuk pengetahuan semua, Hinava ini diperbuat daripada isi ikan segar. Biasanya isi ikan yang digunakan adalah dari ikan Yu atau Tenggiri mengikut citarasa masing-masing. Walaubagaimanapun, ikan-ikan lain juga boleh digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong dan udang.

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava ialah isi Ikan Segar, Biji Buah Bambangan, Lada Merah, Halia, Bawang Merah, Limau Nipis atau Limau Kasturi, Garam.

Hinava biasanya dihidangkan untuk majlis-majlis atau pesta tertentu yang disebut ‘Karamaian’ oleh kaum Kadazan-Dusun. Antara pesta yang paling sering dirayakan adalah Pesta Kaamatan atau disebut sebagai Tadau Kaamatan.

Cara menghidang Hinava ini senang sahaja tau. Isi ikan segar yang telah diasingkan akan dicampur dengan bahan-bahan yang disediakan dan digaul Bersama.

Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia kan masak sendiri melalui perahan limau nipis dan limau kasturi. tidak rugi untuk cuba makanan ni.

 

2. Barobbo

Barobbo! Mungkin ada diantara kita yang baru pertama kali dengar  tentang makanan ini kan… Biasanya makanan ini terkenal di Indonesia sebagai salah satu makanan bubur khas Sulawesi Selatan. Tetapi tahukah anda yang Barobbo khas juga ada di  Sabah ?

Ya, ia merupakan salah satu makanan tradisi bagi suku kaum Bugis di Sabah. Barobbo adalah masakan bubur nasi dengan jagung. Selalunya ia dimasak Bersama jagung pulut tetapi sekarang lebih banyak menggunakan jagung manis.

Di Borneo, Barobbo adalah antara makanan yang istimewa dan popular dalam kalangan masyarakat suku kaum Bugis terutama sekali di daerah Sandakan dan Tawau. Biasanya, makanan ini dimasak apabila berkumpul bersama keluarga.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak Barobbo ini sangat sederhana dan mudah didapati iaitu Beras, daging ayam, udang, cangkuk manis, lobak, bawang merah, bawang putih, garam, ajinamoto, kiub pati ayam, daun sup. Tambahan lain adalah mengikut selera masing-masing seperti sayur dan sebagainya.

Cara penyediaannya adalah seperti berikut :

  • Masak beras seperti masak bubut (lebihkan air)
  • Masukkan isi ayam
  • Masukkan lobak
  • Masukkan udang yang telah dikupas
  • Masukkan bahan-bahan yang lain
  • Terakhir masukkan sayur, daun sup & bawang goreng

 

3. Pinasakan

Pinasakan adalah sejenis hidangan tradisional istemewa yang juga diperkenalkan oleh sukuk aum Kadazan-Dusun di Sabah. Masakan ini menggunakan ikan air tawar mahupun ikan air laut.

Sebelum dimasak, ikan dibersihkan terlebih dahulu dan dicampur dengan sedikit halia serta kunyit yang telah ditumbuk, sedikit asam jawa yang disebut ‘takob-takob’ oleh kaum Kadazan-Dusun, garam, serbuk perasa dan sedikit air.

Setelah itu, ia akan dipanaskan sehingga air mendidih air hampir kering hingga kesemua bahan-bahan perasa yang dicampur meresap ke dalam isi ikan.  Biasanya ia boleh dihidangkan sebagai lauk sehari-hari kerana ia tidak mudah basi.

Untuk anda yang ingin mencuba memasak sendiri, boleh sediakan bahan-bahan seperti berikut :

  • Ikan (Mengikut citarasa)
  • Daun Pisang
  • 4 helai Daun Kunyit
  • 2 biji  Mangga  Buah Bambangan, dicincang
  • 1 sudu besarMinyak masak
  • 4 ulasBawang Putih, dicincang
  • 1 biji   Bawang Besar, dicincang
  • 4 sm   Halia, cincang
  • 1 sudu kecilSerbuk Kunyit
  • 5 biji  Cili Kering, dihiris kecil
  • 50 g   Asam Jawa, dibuang biji
  • 100 ml Air
  • 3 keping Asam Keping

4. Ambuyat

Pernah dengar Ambuyat? Kalau mau tahu,  AMBUYAT  ni adalah sejenis makanan tradisional bagi kaum melayu brunei. Oleh sebab itu la, ia di katakan berasal dari negara jiran kita iaitu negara Brunei.

Ia malahan menjadi sajian utama selepas nasi. Hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia ini juga sangat terkenal di Sabah, di Labuan, dan Sarawak.

Sagu rumbia di Brunei yang digunakan untuk membuat Ambuyat dikenali sebagai ambulung. Untuk menghasilkannya, perlu masa sehari untuk melakukan proses mengarus. Bagaimanapun, kini ambulung boleh didapati di pasar atau tamu dalam bentuk paket.

Dulu Ambuyat ini merupakan salah satu menu harian dan hidangan wajib yang perlu ada apabila menyambut hari-hari istimewa seperti perkahwinan atau keramaian kaum berkenaan.

Bagi Kaum Kadazan, Murut, Dusun dan Bajau di Sabah, Ambuyat ini dikenali sebagai ’Linut’. Bahkan sebilangan besar mereka amat menggemari hidangan ini.

Ambuyat/Linut ini berwarna putih cair dan teksturnya liat seperti gam. Ia masih menjadi hidangan wajib ketika kenduri perkahwinan dan ketika hari keramaian bagi penduduk Bisaya di Sabah. Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi.

Bagi masyarakat Bisaya di Sabah, warna tidak memainkan peranan penting. Hal ini kerana selain Ambuyat, mereka memiliki banyak makanan tradisional lain yang bentuk dan teksturnya tidak menarik, tetapi rasanya sangat sedap.

Untuk pengetahuan juga, Ambuyat atau Linut ini ada pantang-larangnya. Pada zaman dahulu, jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan Ambuyat/Linut ini.

Hal ini kerana jika berkeras untuk makan, jasad si mati yang masih ada di dalam rumah akan menjadi lembut dan melekit seperti Linut.

 

bah apa lagi, mesti mau try semua ni.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.