Take a fresh look at your lifestyle.

4 Jenis Orang Yang Disukai Nyamuk

241

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sebahagian kita mesti pernah tertanya-tanya kenapa diantara ramai-ramai manusia di dunia kita juga yang menjadi sasaran kegemaran nyamuk. Untuk sebab-sebab misteri, memang fakta bahawa ada sebab mengapa nyamuk menggigit sesetengah orang lebih daripada yang lain. Pakar percaya bahawa nyamuk tertarik kepada orang-orang tertentu sahaja. Berikut adalah 4 faktor yang menentukan sama ada kamurang boleh menjadi salah satu daripada mereka.

1.Wanita Hamil
Nyamuk tertarik kepada karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia terutama apabila kita bernafas. Fakta menyatakan wanita hamil menghasilkan lebih banyak karbon dioksida, maka tidak hairan jika nyamuk lebih tertarik kepada mereka. Dan kita boleh lihat sendiri mengapa  virus Zika yang sedang menular dikalangan wanita hamil dan menjadi ancaman sebenar kepada bayi.

2.Orang yang Bersenam
Kamu mesti mempunyai pengalaman contohnya berjalan-jalan di taman pada waktu petang dan tiba-tiba dikurumi (didatanngi) nyamuk.  Nyamuk sebenarnya  tertarik kepada asid laktik, yang dihasilkan dalam kuantiti yang besar dalam otot manusia  apabila bersenam, berjalan, berlari dan sebagainya.

3.Minuman Beralkohol
Pakar mendapati bahawa minuman ‘heat-producing drinks’ khususnya alcohol menjadikan kita lebih menarik perhatian nyamuk. Ini kerana minuman seperti alkohol akan meningkatkan suhu badan manusia dan nyamuk mudah mengesan suhu atau haba yang panas.

4.Darah O
Penyelidikan mereka yang pakar juga menunjukkan bahawa kemungkinan untuk nyamuk menggigit seseorang dengan jenis darah O adalah 83%. Manakala orang yang mempunyai darah jenis A adalah kurang berkemungkinan untuk digigit oleh nyamuk.
Jadi, jika kamurang  salah satu daripada kumpulan yang berisiko, mungkin suda masa kamurang lakukan sesuatu dan basmi nyamuk yang ada disekitar kamu. Jangan sudah sakit baru maw susah-susah cari ubat k.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.