Take a fresh look at your lifestyle.

ONSOI! 4 AKTIVITI LASAK YANG MENJADI NOSTALGIA

130

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Aktiviti lasak yang selalu kita lakukan ketika masih kecil iaitu masa kita masih bermain di luar rumah dan tidak tertarik dengan teknologi yang ada seperti pada masa sekarang. Aktiviti yang selalu kita lakukan ketika masih kecil merupakan momen yang tidak dapat dibawa ke masa sekarang kerana kecanggihan teknologi. Jadi kepada yang sempat melalui zaman lasak waktu kecil, untunglah anda hehe.

 

    1. Aktiviti Lasak Seperti Mandi Di Bawang(Sungai)

Okay gais, tipulah kalau masa kecil kita tidak pernah mandi di bawang(sungai). Pengalaman perit macam kaki berdarah kena batu, dikepit oleh ketam dan tergelincir di batu yang berlumut. Daripada pengalaman inilah yang kasi jadi kita lebih lasak walaupun sakit. Banyak juga gurauan dan pengalaman pahit seperti lemas kerana tidak tahu berenang namun inilah yang membangunkan kekuatan diri kita seperti pada masa sekarang.

Aktiviti LasakSumber : https://www.xploresabah.com/tempat-mandi-manda-di-kota-kinabalu/

 

Paling siok masa kita bawa keluarga besar mandi di bawang(sungai) sebab masa tulah kita dapat rasakan keeratan kita bersama dengan keluarga kita.

Lepas mandi, masa tulah kita tukar baju, makan dan minum sama ada panggang-panggang. Hmm itu yang paling sedap.

Sekarang  jarang sudah dapat bersama-sama dengan keluarga. Salah satu sebab dia, pandemik yang kita kena hadap sekarang sangat kuat. Varien-varien virus pun semakin bertambah.

Min harap satu masa nanti kalau dunia sudah sembuh, kita dapat ulang lagi momen-momen macam ni.

 

    2. Aktiviti Lasak Seperti Main Tapuk-Tapuk

Okay. Ini memang tidak asing lagi. Setiap kali kita bosan di rumah masa kecil, memang main tapuk-tapuk keluar terus di otak. Kadang-kadang, masa baru balik dari sekolah, kita lepak-lepak dulu sama kawan terus bawa main tapuk-tapuk. Ada yang selalu merajuk kalau dia balik-balik jadi. Paling mencabar kalau tempat tu besar atau pun banyak semak-semak.

Aktiviti Lasak

Masa bertapuk tu, masa tulah kita rancang strategi, cari tempat paling ngam mau bertapuk sama marah kawan kita yang ikut-ikut tempat kita bertapuk.

Kadang-kadang masa kita lari-lari, kita terjatuh dan ada parut dikaki kita. Macam min ni, parut di kaki masih kekal sampai sekarang. Tapi tidak kisahlah kan, itu kita simpan sebagai memori kita masa kecil.

Lepas jumpa semua, lepas lari-lari, masa balik rumah tu kita minum air macam minum jus. Itu sebab kita terlampau penat dan lepas minum tu, kita rasa terlampau lega.

 

Baca juga: https://sabahan.my/blog/5-sukan-rakyat-yang-popular-di-sabah-no-5-masuk-peringkat-antarabangsa/

   

    3. Aktiviti Lasak Seperti Main Kayu Tiga

Aktiviti yang ini pun cukup mencabar dan cukup menyeronokkan sebab ini pun guna strategi sama macam main tapuk-tapuk, tapi ini dia banyak main kejar-kejar. Memang bikin penat orang bilang. Paling bikin takut masa umban selipar tu. Kalau siapa-siapa yang tidak tau macam mana cara main, biar min ajar. selipar di susun di depan pemain, dan siapa-siapa yang sukarela umban tu  selipar pakai selipar, memang dia akan tau rasa dia. Kalau selipar tu jatuh, pemain yang umban selipar tu akan kejar pemain yang lain.

Cara kasih kalah dorang adalah umban pemain lain pakai selipar. Kalau terkena selipar, pemain itu akan serta-merta terkeluar daripada permainan tu.

Aktiviti LasakSumber : https://babab.net/artikel/12-soalan-tentang-zaman-kanak-kanak-anda.html

 

Lebih seronok lagi kalau kita bawa keluarga kita main sama-sama.  Lagi banyak yang  join, lagi mencabar permainan itu. Main sampai berpeluh, bikin sihat badan. Kalau macam sekarang, mungkin tidak banyak sudah yang kenal.

 

    4. Jalan Kaki Pigi Sekolah

Okay gais, ini yang paling berkenan sama kita. Paling nostalgia la ni sebab sekarang kebanyakannya(bukan semua) naik bas atau kereta. Paling siok kalau kita ada gambar-gambar kenangan masa kita masih sekolah. Kalau masih ada yang simpan, kamu la yang paling untung sebab ini merupakan aktiviti lasak yang dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita. Orang bilang exersice kalau jalan kaki. Lagi banyak masa kita sembang-sembang sama kawan-kawan masa pigi sekolah.

Aktiviti Lasak

Sumber : https://www.tribunnews.com/regional/2020/03/11/siswa-sdm-mbatakapidu-sumba-timur-harus-jalan-kaki-7-kilometer-agar-bisa-sekolah

Aktiviti LasakKalau dulu baju berpeluh sebab jalan kaki, tiada yang kisah sebab kebanyakan semua masa tu jalan kaki apa lagi kalau di sekolah pedalaman. Masa tu la momen-momen pahit manis diukir.

Kalau kamu ada aktiviti lasak masa kicil-kicil dulu, jangan lupa kongsi apa pengalaman kamu masa tu di Sabahan Dot My. Lain hari kalau ada masa kita kasi ulang balik tu kenangan hehe..

 

 

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.