Take a fresh look at your lifestyle.

3 TEMPAT PELANCONGAN PALING BERSEJARAH DI SABAH

252

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang sememangnya terkenal dengan pelbagai lokasi pelancongan serta tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pengunjung. Namun tahukah anda bahawa di antara lokasi pelancongan ini, terdapat 3 tempat yang terkenal kerana sejarah misterinya.

 

1. Rumah Besar Kinarut (Kinarut Mansion)

Kinarut Mansion atau turut dikenali sebagai “Rumah Tuan Simon” merupakan runtuhan bekas rumah besar dengan gaya Yunani-Romawi  berhampiran Kinarut, Sabah. Ia Terletak di Jalan Baru Kota Kinabalu-Papar iaitu kira-kira 20 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu.

Bangunan ini dibina oleh seorang lelaki berbangsa Jerman bernama WFC Asimont. Beliau merupakan pengurus ladang getah pertama di Ladang Getah Kinarut, di mana British Society for Manchester North Borneo Ltd berada. Rumah Besar Kinarut ini turut dipercayai menyimpan pelbagai cerita misteri.

Menurut penduduk setempat rumah besar yang ditemui secara tidak sengaja oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) ketika kerja penerokaan tanah untuk penanaman pokok akasia pada Ogos 1990 itu, dihuni oleh ‘hantu tinggi’.

Ketika ditemui, bangunan ini dianggarkan telah wujud hampir 30 tahun lalu di dalam Kawasan hutan. Orang ramai mengatakan bahawa ia adalah rumah besar pertama dibina di Borneo Utara sekitar tahun 1910 hingga 1914.

Walaupun kini tinggal rangka, jelas ia seperti sebuah istana yang dibina dengan batu-bata, jubin dan konkrit. Namun sehingga ini, persoalan mengapa rumah tersebut dirobohkan masih menjadi tanda tanya dan misteri.

Gambar asli Kinarut Mansion

 

2. Kampung Budaya Monsopiad Penampang (Monsopiad Cultural Village)

Terletak di Kampung Kuai Kandazon iaitu kira-kira enam kilometer dari pekan Donggongon atau 15 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu. Kampung Kebudayaan Monsopiad yang dibuka pada 1 mei 1996 ini menjadi bukti kewujudan amalan memburu kepala oleh masyarakat pribumi Sabah, termasuk kaum Kadazan suatu ketika dulu.

Sebanyak 42 tengkorak tersusun rapi dalam sebuah rumah khas dipanggil pondok tengkorak di Kampung Budaya Monsopiad, di Penampang. Tengkorak tersebut dipercayai menyimpan misteri tersendiri yang pasti mengundang perasaan ingin tahu para pengunjung yang datang ke pusat pelancongan itu.

Tengkorak yang digantung di tengah rumah ini dipercayai dipenggal oleh seorang pahlawan Kadazan dikenali sebagai Monsopiad pada zaman pemburu kepala lebih tiga abad lalu.

 

Rangka-rangka tengkorak tersebut dianggarkan berusia lebih 300 tahun, ia digantung di siling rumah dan dikaitkan dengan kisah pahlawan Kadazan  yang dikenali sebagai Monsopiad. Beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat gagah dan kuat serta memiliki keberanian memenggal kepala musuh.

Selain dijadikan sebagai koleksi untuk menunjukkan  kepahlawanan Monsopiad, semua tengkorak itu dikatakan menyimpan ‘semangat’ yang dapat memberi kesaktian atau kekuatan luar biasa kepada pemiliknya, selain pelindung keluarga serta keturunan.

Sehingga kini, meskipun berusia ratusan tahun, semangat itu dipercayai masih wujud dan sesiapa yang ingin melihatnya dan mengunjungi tempat ini perlu mematuhi pantang larang bagi mengelak kemarahan semangatnya.

 

3. Rumah Agam Agnes Keith

      

Rumah Agam yang terletak di Jalan Istana, Sandakan ini dahulu pernah didiami oleh Agnes Newton Keith iaitu seorang penulis buku tersohor dari Amerika Syarikat bersama suami beliau Harry Keith dan anaknya, George Keith. Agnes Newton Keith yang menghasilkan karya Land Below The Wind pada 1939 hingga memasyhurkan Sabah di mata dunia.

Dulu, rumah ini pernah terbiar dan hampir musnah sebelum Jabatan Muzium Negara Sabah mengambil inisiatif untuk memulihara rumah ini pada tahun 2001 dan mengekalkan struktur asalnya.

Selain Agnes Keith, terdapat juga 26 individu lain yang pernah tinggal di rumah ini. Namun, mengapa nama Agnes Keith yang diberi penghormatan untuk menamai bangunan tersebut? Hal ini kerana ada cerita di sebaliknya yang mungkin anda tidak tahu.

Selama beliau mendiami rumah tersbut, beliau hidup bahagia dan gembira Bersama keluarganya. Namun sebelum beliau Kembali ke negara asalnya Amerika Syarikat, terdapat sebuah catatan misteri dan menyeramkan yang ditinggalkan mengenai rumah tersebut.

Agnes Newton Keith

Dalam catatan tersebut Agnes menyatakan bahawa beliau “tidak percaya pada hantu tetapi, setiap hari beliau melihat seorang wanita yang tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal pada suaminya kemudian mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.” Itu adalah catatan Agnes sebelum beliau balik ke Amerika Syarikat.

Pengalaman misteri dan seram itu turut dialami oleh penghuni seterusnya iaitu Rosemary yang menetap 12 tahun lamanya di rumah itu bermula 1955 hingga 1967. Beliau mengatakan bahawa pada waktu subuh Ketika ia terbangun, beliau mendengar bunyi pintu yang dibuka dan bunyi tapak kaki berjalan menuju ke biliknya. Apabila dia membuka mata, dia melihat seorang wanita berdiri di hujung katilnya.

Kejadian juga dialami oleh seorang pembantu rumah ketika majikannya Tom Bayles menetap di rumah itu pada 1967. Sedang pembantu rumah mengerjakan tugasnya, ia melihat Lembaga seorang wanita berdiri di atas tangga.

Kini rumah Agam Agnes Keith tersebut boleh dilawati bagi melihat sejarah tinggalan zaman sebelum merdeka dahulu di Sandakan, Sabah.

 

 

 

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.